v(^_^)v
RSS

..::Anggota Badan::..

Add caption

















Kita dikurniakan anggota tubuh yg memmudahkan pergerakan kita. Alhamdulillah. Maka, sebagai hamba wajar kita gunakannya untuk kebaikan dan menunaikan tanggungjawab bukan. Perkara yg sedia maklum namun masih tak dpt diamalkan. Kenapa? tepuk dada, tanya iman.

Anggota mana yg paling penting utk dijaga? Bagi saya, mata. Dari mata turun ke hati. Pepatah yg biasa di dengarkan. Apabila mata melihat, kemudian hati terdetik, akhirnya anggota yg lain akan mengikut kata hati.

..::UPDATE::..

Wah....apa kess la..x update2 lg ni...ada bbrp citer nk letak kat sni tp semua sekerat jln...

Nak kongsi sikit, Alhamdulillah, saya n 2 org coursemate saya dh selamat bentangkan final year undergraduate project, yg tggl report writting. Smg dipermudah.
"Jangan risaulah, ni projek awk jd awk je yg tahu. Confident je"

menjelang hari pembentang tu, sy dgr statement di atas. Terima Kasih kpd mereka. Kata-kata tu sedikit sebanyak memberi keyakinan kpd sy utk bercakap di hadapan examiner. Almost 7 months, i never speech ni english. Do you what i feel? tapi Alhamdulillah semua tu dah lepas. Sy lepas, walaupun tak begitu bagus sekurang-kurangnya sy blh bercakap dan menjawab soalan yg diberikan. Walaupun ada soalan yg susah utk sy jawab.

Sebenarnya, statement di atas tu betul cuma examiner ada basic concept of my project. So, they will ask question about basic concept which i'm not focus on it. What happened then? I cant answer correctly. 

..::Study::..

..::Muslimah::..

..::USAHA::..

..::situasi harga air kafe naik::..





..::rasa cerita kehidupan::..

Assalamualaikum.

Apa khabar? Sihat?

Setiap orang mempunyai jalan cerita kehidupan yang pelbagai. Banyak cabaran, suka duka pengalaman yang dialami oleh setiap insan. Namun, setiap orang itu tetap makhluk yang kerdil.

Ada masanya merasa suka hati, gembira..
Ada masanya merasa susah hati, sedih..
Ada masanya merasa panas hati, marah..
Ada masanya merasa sakit hati, geram..

Bermacam-macam perasaan dan apabila cuba dikongsikan kepada orang lain, orang itu cuma mampu bersimpati dan cuba memahami namun sukar berempati .

Tapi ingat, ada yang senantiasa di sisi. Sangat dekat, lebih dekat dgn urat leher. Dia lah Pencipta kita.
Jangan anggap Dia melupakan kita sangat kita lemah. Pada ketika itu, Dia sedang meguji keutuhan kepercayaan (iman) kita terhadapNYA dalam keadaan susah.

Jangan mudah bermadah Dia telah melupakan diri kita. Ungkapan itu suatu doa. Bersangka baiklah dgnNYA. Dia adalah sangkaan hambaNYA.

Jalan kehidupan ini menuju ke akhirat yang kekal abadi.

..::semangat::..

 
Ada pepatah barat mengatakan..
    “begin with the end in mind”
Berkaitan dengan imaginasi..
  Mula-mula membayangkan apa yang kita ingin capai. Kemudian, laksanakan dengan tindakan..
 
sifat-sifat orang yang hebat dipetik dari buku
7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen R. Covey
  Jangan asyik berangan tapi tiada tindakan, kalau macam ni pun x jadi juga..
Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah..
mengingatkan diri sendiri yang selalu buat kerja ikut mood...huhu... 

kembali ke kampus


Puasa sudah, raya pun sudah. Kini, kembali ke kampus.
Meneruskan jidah fisabilillah.
Berada di semester akhir, yang sedia menunggu data-data eksperimen yg perlu dianalisis.
Semoga ALLAH memudahkan urusan nanti.

..::sempena Ramadhan::..





Syaaban akan menutup tirainya tak lama lagi. Apa azam sahabat-sahabat untuk Ramadhan kali ini? Bagi memanfaatkan bulan yang mulia ini, kita digalakkan mengisi setiap waktu dengan perkara yang baik. Ya ALLAH sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Salah satu kelebihan bulan Ramadhan ialah ALLAH mencipta satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, LAILATUL QADAR. Berazam dan berusahalah untuk mendapatkannya.Amalan di bulan Ramadhan juga digandakan pahalanya. Ibadah sunat mendapat pahala umpama melakukan ibadah wajib di bulan yang lain selain Ramadhan. Ibadah wajib di bulan Ramadhan pula mendapat pahala berganda. Namun, hati kita perlu ikhlas kerana ALLAH. 

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, saya mohon maaf atas kesalahan yang saya dah lakukan terhadap kamu (para pembaca, tak kiralah siapa). Semoga saya dan kamu memasuki Ramadhan dalam keadaan suci dari dosa dan meninggalkan Ramadhan dalam keadaan suci juga.


..::researching::..


Tidak cukup kalau tv dan surat khabar menjadi sumber berita isu semasa kan.

..::si cilik bertanya::..



Huhu cuak dan merasa berat tanggungjawab seorang kakak. Nasib baik ada seorang saja adik perempuan, yang lain semua lelaki. Dah tu, asyik berjauhan je. Kakak kat selatan. Adik kat barat. Harap-harap abang-abang dia mampu jaga dia dan adik lelaki seorang lagi. Ramai lelaki dalam keluarga ni. (^_^)v
Anak-anak perempuan dalam keluarga tu kadang-kadang perangai dan kesukaan mereka lebih kurang sama je dengan anak-anak lelaki. Golongan minoriti la katakan.

..:::..::..!!!


Jangan memperkecil diri sendiri. ALLAH memberi kelebihan kepada mahklukNYA yang tertentu keran DIA Maha Mengetahui akan kemampuan hambaNYA. Perjalanan setiap hambaNYA tidak semestinya sama antara satu sama lain. Setiap hambaNYA juga dikurniakan kelebihan dan kekurangan yang juga kadang-kadang berbeza dan sama. Maka, ujian yang ditimpakan kepada hambaNYA mungkin juga sama dan mungkin juga tidak sama.

..::Imam Syafie::..

Generasi pertama Islam semua hebat-hebat belaka. Tidak hairan sebab menerima didik langsung dari Baginda, NAbi Muhammad. Namun, setelah kemangkatan Baginda masih lahir lagi manusia agung dan soleh hidup selaku hamba ALLAH. Bagaimana? Lantas, tergerak hati untuk menelurusi sejarah hidup Imam besar menjadi pegangan mahzab di negara ini. Imam Syafie.

Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang miskin namun sangat berpegang dengan ajaran Islam. Keluarga yang mempraktikkan Islam sebagai jalan hidup. Keluarga seumpama ini mampu membentuk asas pembentukan hamba yang soleh dalam diri setiap insan. Beliau dididik dengan sebaiknya. Salah satu petua dalam mendidik anak, ibu beliau bernama Ummu Habibah al-Uzdiyah tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan didik dengan nasihat dan tunjuk ajar kerana  kata-kata seorang ibu merupakan doa. Maka, janganlah mengherdik atau mencaci anak-anak. Kesabaran yang sangat tinggi amat penting dalam mendidik anak.

Sejak dari kecil lagi, beliau mendalami ilmu agama. Seawal usia 9 tahun, beliau mampu menghafal Al-Quran. Beliau dikurniakan kelebihan mampu menghafal. Ibu beliau sangat menggalakkan beliau menuntut ilmu sehinggakan tidak berasa berat hati sekiranya Imam Syafie mesti meninggalkannya buat jangka masa yang panjang. Selain mendalami ilmu-ilmu agama seperti AL-Quran, Hadis dan Fiqh, beliau juga pelajari ilmu mengarang syair dan juga ketenteraan serta cara menggunakan senjata.

Pembacaan baru setakat ni. Jadi tak dapat nak kongsi banyak-banyak. InsyaALLAH, lain kali akan dikongsi.





..::mimpi::..

Astagfirullah. Mimpi rupanya. Terjaga dari tidur gara-gara tersentak dengan mimpi malam. Gelap lagi. Dah lama benar tak berulit tidur dengan mimpi tapi malam ni aku bermimpi. Mimpi yang menyentap diri aku sendiri.  Seolah-olah mimpi tu sangat panjang tapi sepanjang aku mimpi cuma satu scene mimpi saja aku ingat. Lantaran scene tuh yang menyentap diri aku sendiri lalu aku terjaga. Ketika itu, di ruang tamu di sebuah rumah ala-ala rumah jepun. Cuma ada sebuah tv saja di ruangan tuh. Kelihatan cuma dua orang saja, seorang khusyuk tengok tv lagi seorang pula macam ada yang tak kena. Tak tahu siapa nama mereka. Perbualan ringkas berlaku.
"Aku tak kisah kalau kau kurang dari sudut pelajaran dan kewangan. Aku tak kisah kekurangan kau. Tapi aku sangat kisah kalau kau kurang dalam pengamalan agama dalam hidup kau. Aku sanggup bunuh kau sebabkan tuh"

"Bunuh?" 
konsentrasi menonton tv terganggu. Dia terkejut. 
"Bunuh? Kenapa kau sanggup nak bunuh aku? Bukan ke kita adik-beradik?
Rasa terkejut yang amat sangat membuatkan dia tak mampu bersuara. Dia hanya mampu bermonolog dalam hati sendirian. 

Aku tersentap dengan kata-kata dia. Lalu aku terjaga. Gelap lagi tapi aku tak boleh nak teruskan tidur sebab terkejut. Siapa mereka berdua? Kenapa adik-beradik sanggup nak berbunuhan? Ketika ni lupa realiti dunia hari ni. Lupa liputan akhbar mengenai anak bunuh ayah. Lupa liputan akhbar yang setiap hari bercerita pasal pembunuhan. 

2 minggu selepas tu, kehidupan aku memang berantakan. Entah kenapa, amalan rutin aku semakin teruk. Pengamalan agam aku betul-betul berkurangan. Hati aku semakin berserabut. Aku berasa mata celik tapi buta, telinga mendengar tapi pekak, lidah bertutur tapi bisu. Sedih, rimas, takut, lesu. Semua perasaan bercampur baur. 

Aku mesti berubah. Aku nak berubah. Aku tak boleh berputus asa dengan RahmatNYA. Jalan kembali masih terbuka. Rasa cuak dan tersentap dengan mimpi tu masih belum pudar. Namun, kehidupan terus berlalu. Aku mesti berubah. Aku nak berubah.
 

..::muslimah::..

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/

..::perpisahan::..

Perpisahan itu suatu yang pasti
jika tidak hari ini
mungkin besok
dan seterusnya
maka
siapkan diri
untuk
berdepan dengan perpisahan
sob..sob..sob
kalau ada jodoh kita 
akan berjumpa lagi
kini
aku dan kau
berpisah
membawa haluan masing-masing
tapi
matlamat yang sama
insyaALLAH

..::muslimah::..

Bismillahirrohmannirrohim. Assalamualaikum. Entri kali ini saya mulakan dengan suatu kisah.

Ria seorang gadis yang lincah dan responsif. Gadis yang biasa dan tidak cerewet. Kalau dilihat, Ria juga seorang gadis yang ramah. Dia ringan mulut dengan semua orang. Maka tidak hairan jika dia mempunyai rakan yang ramai tempat pengajiannya. Dia seorang yang baik tapi jangan cuba cari pasal dengannya. Kalau dia marah, semua bad word keluar. Tak semua orang sempurna. Ria seorang yang tidak boleh kawal sifat marahnya. Dahsyat betul kalau dia marah.

Tak sangka Ria seorang yang suka mencuba. Suatu hari, dia memakai baju t-shirt labuh paras lutut ke kuliah. Semua pelajar perempuan terkejut. Saya cuma tersenyum. Suasana yang riuh tadi mula reda apabila pensyarah kami masuk ke dewan kuliah dan memulakan kuliah pada hari itu. Hanya suara pensyarah saja yang kedengaran. Yang lain menjadi pendengar yang baik.

Setelah kuliah pada hari itu tamat. Ria pun keluar meninggalkan dewan dan balik ke asrama. Semasa diluar dewan, rakan-rakan mula mengusik Ria. "..Ria muslimah...Ria muslimah..." Saya tengok Ria. Dia tidak memarahi rakan-rakan yang mengusiknya. Malah, dia menerima dengan positif. Katanya, dia malu dipanggil begitu mungkin pertama kali memakai baju t-shirt labuh paras lutut. Saya lihat Ria nampak lebih sopan dengan baju berbanding tshirt biasa yang dia pakai. Ironinya, rakan-rakan yang mengusik Ria merupakan pelajar perempuan yang beragama Islam. Bukankah, Muslimah maksudnya ialah seorang perempuan yang beragama Islam. Maka, sesiapa yg beragama Islam dan ia perempuan dikenali sebagai muslimah. Muslimat itu bukan yang memakai baju tshirt labuh semata-mata tetapi perempuan yang beragama Islam. Sekiranya, seorang perempuan tidak memakai baju labuh tapi ia beragama Islam maka ia juga dikenali sebagai muslimah.

Pesan seorang ustaz. Katanya, kalau ada orang yang cuba mempraktikkan amalan yang baik jangan perlekehkan tapi berdoalah supaya kita juga dapat buat apa yang dia buat. Lebih kuranglah macam tu isi pesanannya. Melihat Ria yang cuba memulakan satu perubahan yang baik dalam hidupnya terdetik dalam hati saya untuk beristiqomah cara pemakaian saya. Tidak dinafikan dunia hari ini banyak cabaran. Siapa yang tak nak memakai baju yang cantik dan up-to-date. Setiap perempuan mahu kelihatan cantik. Hal ini adalah fitrah kami apabila dilahirkan sebagai seorang yang perempuan. Namun begitu, apa maknanya cantik jika pemakaian mahupun penampilan kita tidak disukai oleh Pemberi kecantikan itu. Islam telah menetapkan garis panduan dalam berpakaian supaya kita memelihara aurat kita. Tidak salah untuk kita berfesyen tak salah jika kita berfesyen pada masa yang sama tidak menepati kehendak Islam. Tak salah berfesyen tapi kena tutp aurat.


Terjemahan Surah An-Nur ayat 31:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Biarlah hanya individu yang halal saja yang melihat perhiasan kita. Akhir kalam buat entri kali ni, mohon maaf kalau ada yang silap dan terkasar bahasa. Entri ini juga buat peringatan diri sendiri yang tidak sunyi dari buat kesalahan. Mohon undur diri. Assalamualaikum.

..::masalah::..

Kagum sungguh dengan orang yang mampu merasai dan memahami perasaan orang lain. Dengan ini, hati orang itu tidak disakiti dan cuba dijaga sebaiknya. Membantu orang bukan setakat kena jadi pendengar yang baik tapi kena juga memahami perasaan ia. Kalau dah faham apa yang dirasa baru boleh beri kata-kata semangat atau pembangkit semangat yang betul-betul meresap jiwa ia. Kalau tak faham apa yang dirasa, mungkin kata-kata yang keluar dari pendengar mungkin menyedarkan ia dan mungkin juga menyakitkan ia. 

Jikalau si pendengar secara tidak sengaja menyakitkan hati ia. Apa yang akan jadi? Mungkin ia akan menjauhkan diri, mengelakkan diri dari pendengar atau ia tidak akan berkongsi lagi maslah ia dengan pendengar. Sebagai pendengar yang tiada kepakaran dalam menyelesaikan sesuatu masalah, apakah tindakan yang terbaik yang patut dilakukan? 

A)Sekadar mendengar dan hanya memberi respon jika perlu                            atau
B) Dengar dan kemudian terus terang kepada ia, "Maaf, saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya tak        pernah berdepan dengan masalah semacam awak ini. Sabar je la ye"                atau
C)Dengar dan buat kesimpulan sebaik mungkin masalah ia sebelum beri kata-kata semangat supaya ia jangan sedih dan bantu ia keluar dari masalah yang sedang dihadapi. Risikonya, kesimpulan yang akan dibuat mungkin salah.                                                                                                atau
D) Dengar dan setelah ia habis cakap, beritahu ia "Dah la wak. Abaikan je. Tak yah fikir la. Buang masa jer. Jom makan. Saya lapar la. Awak tak lapa ke?                         

Atau ada cara lain selain daripada cara-cara di atas. Jikalau si pendengar tuh dah salah langkah. Apa yang patut dibuat. Itu pun kalau si pendengar tu sedar dirinya dah salah.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.(surah Ar-Rad ayat 11)

Apa sahaja kata-kata semangat yang diluahkan oleh si pendengar tiada kesan jika ia masih tidak mahu berubah. Semua orang ada masalah. Kecil ke besar ke. Masalah tetap masalah. Masalah yang sama tapi ditimpa pada orang yang berbeza. Mungkin bagi A masalah itu kecil. Mungkin bagi B masalah itu besar pula. Bermacam-macam faktor menjadikan masalah yang sama dihadapi dengan berbeza oleh orang yang berlainan. Faktor kemampuan, kefahaman, kesabaran dan macam-macam lagi. Mungkin A anggap masalah itu kecil sebab dia adalah masalah lain yang lebih besar. Mungkin B anggap masalah itu besar sebab dia terlalu fokus pada masalah itu sehinggakan tak nampak hal yang lebih penting untuk difikirkan.

Masalah itu takkan selesai kalau kita lari darinya. Jangan melarikan diri. Hal ini sangat memenatkan dan merugikan. Hadapilah masalah itu dengan tabah.  Ada sesetengah orang yang memerlukan masa untuk menenangkan diri. Ambillah masa. Tapi setelah itu haruslah fikirkan cara nak selesaikan masalah. Bukan biarkan masalah itu terus berlanjutan sama saja dengan melarikan diri. Saya sendiri dah penat melarikan diri sampai saat saya kena juga berdepan dengan masalah tuh. Setelah selesai maslalah tuh amatlah lega. Fuh.Ustaz Pahrol dalam bukunya Nota Fikir untuk Zikir ada mengatakan kita haruslah mengubah 'circle of influence' dalam berdepan dengan masalah. Secara ringkasnya, 'circle of influence' adalah mengenai kekuatan yang wujud dalam diri kita yang boleh kita manfaatkan dalam menghadapi suatu masalah. Pernah dengar pepatah mengatakan kita tak boleh kawal arah angin tapi kita boleh kawal kapal kita. Pepatah ni menggambarkan maksud 'circle of influence' tuh.

Kata-kata yang diambil dari blog Ustaz Pahrol :

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Berusahalah untuk menyelesaikan masalah. Peringatan buat diri sendiri juga.  Saya ada masalah yang perlu diselesaikan.

..::rahsia exam phycology 6may::..

Selepas habis exam, student pun semua dh kuar. Aku, Chaom, Merve dan Raehan yg bergerak lambat blah dari c08 sempat berborak dengan Dr. Shahir, lecturer phycology. Dr. ckp jawapan utk soalan subjektif ada kat soalan objektif. Dr. pun ada cakap exam td bukan pasal apa yg awk hafal tp apa yg awk faham. Kefahaman mmg sgt2  penting dalam apa jua keadaan. Jd soalan objektif berkesinambuangan dengan soalan subjektif.  Kalau x tahu jawapan refer multichoice answer kat soalan objektif insyaALLAH dapat.Then, jawapan utk soalan subjektif lak lebih kurang sama jer. Role of partner is give protection to algae. Advantage is algae get protection. Punya la senang. Sometimes, common sense is very important. Honestly, time exam td yg aku x blh buat tp msh ok lg. Sekarang ni apa yg penting bertawakal dengan result yg bakal kuar t. Tak lupa jgk utk focus the last paper Ecology.

Bahasa kali sgt tdk mengikut skema bhs melayu. Tp standard la kalau diguna pun kan. kan. kan. Atau aku tensen pasal exam kali ni. Jauh di lubuk hatiku ini, daku masih cintakan keindahan bahasa melayu. (^_^).

Journal yg Dr Shahir bg pun sgt menarik sebenarnya. Kajian ttg biodiesel tp guna algae before ni guna crop plant. Algae tak guna kawasan tanah yg luas tp kawasan bersumberkan air mcm tasik, kolam plus oil production dari crop plant lg byk. Kalau betul algae digunakan utk biodiesel dan bukan lg crop plant. Maka, crop plant tu blh jd bahan makanan. Kemungkinan, negara yang mengalami krisis bekalan makanan dan menanam crop plant utk biodiesel blh la guna crop plant tu utk dimakan plk. Tu pun kalau mereka sedar dan tak mementingkan kemewahan dengan menjual hasil tanaman utk dijdkan bhn membuat biodiesel.
 

..::Buku 101 Rekreasi Hati::..

Akhirnya Pesta Buku Kuala Lumpur tamat. Akhirnya, saya tetap tak berpeluang untuk pergi. Rekod setakat ini, saya langsung tak pernah pergi ke pesta buku tuh. Belum ada rezeki lagi. 


Antara buku latest yang saya beli di MPH yang berdekatan ialah judul entri kali nih. 101 Rekreasi Hati. Bagi saya, buku ini sangat menarik. Buku ini merupakan sebuah buku hadis yang berilustrasi. BERILUSTRASI. Setelah berapa kali saya mencari Komik-M Takaza episod ke-2 tapi masih belum keluar dan buku hadis menarik pula kalau dibeli.

Buku hadis ini memetik 101 hadis yang ada dalam buku 300 Hadis Bimbingan tulisan Ustz Zahazan dan sahabat beliau. Bermacam-macam humor yang diketangahkan oleh ilustrator yang bernama Nik Wafdi Nik Jaafar, macam orang kelantan je. Lukisan tu ada yang lawak, sedih, futuristik dan sinikal. 


Seingat saya, buku komik yang paling bermanfaat saya baca ialah Takaza#1. Komik ini mengisahkan kehidupan seorang ahli kongsi gelap yg sudah bertaubat. Walaupun, dia telah meninggalkan kegiatan haram dia tetap diburu oleh kumpulan geng dia sebab nak bunuh dia. Komik ini masih elok lagi dengan saya. Conan, komik detektif pertama kali saya beli. Komik pertama saya beli. Masa tuh, ayah tak bagi saya beli. Mungkin baginya membazir je tapi memang membazir je sebab komik tuh entah kat mana. Tak dijaga dengan elok. 

Dunia animasi sangat berpotensi untuk dijadikan medium dakwah dalam penyebaran elemen islamik. Pembawaan mesej yg ringan tapi mudah difahami dan kadang-kadang mudah dihayati oleh pembaca mahupun penonton. Golongan yg menggemarkan animasi bukan setakat kanak-kanak tapi ada saja golongan remaja yang suka. Tak kisahlah komik ataupun cerita kartun, kan baik dijadikan medium dakwah. Bukan hiburan semata-mata. Semoga semua usaha dakwah dengan menggunakan animasi sebagai medium pada hari mencapai kejayaan.

Dear Cahaya,

There has been too long I'm not sharing my moments with U. I hope U just doing fine. U know, this is my toughest week. Everything just come out at once. Shortly, I just to sat that every single have their own starter. U do not know them until U get involve with them. Escaping from them bring U nothing but more difficulties. In life, very important is U need to give some/little/more effort. At the end, u do not know what will happen. success without effort is impossible but effort brings failure is destiny. Everyone have problems who does not? So, what can be said is in life we must have a skill on how to solve a problems. Some skill can solve some problem but lot of skills can solve many problems. Keep smiling to maintain your positive mood dear.

..::talaqqi lagi::..

Assalamu’alaikum saudaraku. Terima kasih kerana masih berminat untuk membaca lagi blog ni. Semakin lama blog ni menjadi diari peribadi pula.

Kali ni, saya  nak berkongsikan lagi satu program yang akan diadakan di UTM. Orang luar UTM turut dialukan sekiranya berminat ingin mengikuti program ini.



Semoga sesiapa yang menghadiri kuliah talaqqi akan beroleh manfaat.
Jemput datang.
(^_^)

..::study::..

"...perlu belajar lagi" 

Ungkapan itu menyapa gegendang telinga dengan loghat indon. Sambil saya menatap kertas ujian yang telah diberikan kepadaku semasa seisi ujian yang lepas. Teruji saya menjawabnya. Mendengar katanya itu, saya tidak memberi respon apa pun. Seperti biasa. Kecewa memang kecewa tapi Alhamdulillah ALLAH masih beri ketenangan. Sebelum beredar, kertas ujian perlu dipulangkan. Setelah dipulangkan, aku beredar dan meninggalkan rakan-rakanku yang masih menanyakan itu dan ini kepadanya. Langkah diatur. Diatur hingga saya menjejak tangga kutubkhanah. Diatur lagi, bukan ke bahagian komputer, bukan ke tingkat seterusnya tapi ke suatu kiub yang dipenuhi kitab sastera. Entah, sejak bila saya begitu minat dengan kesusasteraan. Namun saya memang minat cerpen.

Sepatutnya saya meminjam buku yang berkaitan akademik hari tu tapi yang dipinjam adalah dua buah buku sastera lagi. Lagi? sebelum ni, sudah dipinjam buku sastera cuma belum habis baca lagi. Buku kumpulan beberapa buah cerpen sasterwan negara. Kali pinjam buku tulisan sasterwan negara yang seangkatan dengan beliau.

Sastera, sastera lagi. Bila pula saya nak belajar sains ni. Disiplin ilmu salah satunya ialah sampaikan pada yang benar-benar minat. Takkan nak ponteng kelas. Takkan dah tak minat? Bukan. Cuma nak cari senggang waktu mempelbagaikan bacaan. Semacam alasan je. Setiap selang waktu yang lapang yang dicapai adalah buku sastera tiada buku lain.

Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya dipanggil apa? Jangan zalimi diri sendiri. Utamakan apa yang perlu diutamakan. Saya tahu itu. Menuntut ilmu kadang-kadang cuma fardhu kifayah sahaja tapi mengamalkan ilmu adalah fardhu ain. Sudah tahukan jadi amalkanlah sayang.

..::tokoh agama=orang sesat??::..

Menyamakan tokoh agama yg sudah lama bergerak aktif dalam pentadbiran negeri dengan seorang pengamal ajaran sesat. Atas dasar apa? agama tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan kerana agama mengajar manusia mengamalkan nilai-nilai yg baik dan menjauhi nilai-nilai yg buruk. Pengikut tidak buta mata hati saja yg memilih dasar Islam sebagai asas perjuangan politik mereka. Nafsu apa yg hendak dipuaskan oleh tokoh agama tersebut dan perlu ke nak minta penjelasan kenapa nak perkenalkan Islam kepada non muslim?

Menyampaikan dakwah itu wajib bagi setiap muslim. "Sampaikanlah oleh mu walau satu ayat". 

Terfikir juga klau orang pengamal ajaran sesat tu dikenakan tindakan oleh pihak berwajib kenapa tokoh agama tu masih bebas di luar?. Tokoh agama tu bukan baru kealkan diri kepada masyarakat.

p/s:sila tegur saya jika entri ini patut ditegur

..::talaqqi::..

Assalamu’alaikum saudaraku. Apa perkhabaran batang tubuh mu dan rohani mu? baik-baik je kah? Sudah kau penuhi tuntutan jasmani dan rohani mu?   Alhamdulillah sebab saya diberi peluang menyertai satu program talaqqi anjuran Pusat Islam (PI) UTM Skudai. Sebelum ini ada beberapa aktiviti yg saya perlu sertai tapi semuanya tidak menjadi dan akhirnya saya dapat juga hadir program talaqqi tersebut. Penyampai ilmu yg dijemput oleh pihak PIUTM ialah Tok Guru Haji Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjar Al-Makki.

KULIAH SUBUR

Pengisian kuliah subur sangat penting bagi saya sebab manusia kan mula menjalani kehidupan harian. Jika kita menyuapkan seruan-seruan positif ke otak kita, hal ini akan mempengaruhi sepanjang kehidupan kita.

semua untuk umat
semua untuk Islam
semua untuk akhirat


Syeikh al-Fadil menekankan semua tindakan kita pada hari ini biarlah kerana umat, Islam dan ukhrawi kita. Janganlah terlampau mencari dunia yakni mengumpul kemewahan dunia tanpa menyediakan bekalan ukhrawi. Rugi sangatlah rugi. Kerja dari usia muda sehingga pencen semata-mata mencari duit untuk beli rumah besar, kereta besar dinikmati ketika usia mencapai 60an. Sedangkan jangka hayat manusia pada hari ini adalah pendek, kira-kira 60-90 tahun. Kiranya mengumpul harta berpuluh-puluh tahun tapi cuma dinikmati untuk beberapa tahun.  


Kuliah subur sangat penting kerana mampu membentuk mind set  yang positif. Jadi rutin harian tersebut berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, selepas mendengar kuliah tersebut, saya bersedia untuk mengikuti program talaqqi sehingga selesai.

SLOT 1st

Dimulakan dengan zikir-zikir serta ayatul Quran. Kesannya, fikiran menjadi lapang,tenang dan bening untuk menerima ilmu yang akan disampaikan sekejap je lagi. Klau kita rse gelisah dan tak fokus, susahkan nak menuntut ilmu. Syeikh al-Fadil memulakan slot pertama ini dengan huraian 'iqra'. Ayat pertama yg diturunkan kpd Baginda 'Alaihissalam. Huraian Syeikh menarik, bagi mengimbangi dunia dan akhirat, selepas perkataan 'iqra' diikuti dengan 'bismi rabbikal lazi kholaq'. Bacalah segala macam ilmu did unia ni tapi hendaklah dengan nama ALLAH Tuhan yg Mencipta. Agar manusia tidak menyembah otak, tidak ditungggangi oleh teknologi dan manusia tidak lupa daratan. Kemudian, Syeikh al-Fadil mula menghuraikan bait-bait mutiara Baginda 'Alaihissalam dalam Makanatul Ilmi Wal Ulama Wa Adabut Talibul Ilmi iaitu Kedudukan Ilmu dan Ulama serta Adab-adab Menuntut Ilmu.

Ilmu perlu dimuliakan klau nak ilmu tuh nak ilmu tu syok dgn kita kata Syeikh al-Fadil. Antara adab yg sy nk kongsikan:
-semasa nak bawa kitab, peganglah dengan baik. Elakkan menghayung-hayungkan kitab tersebut dan gunalah tangan kanan semasa memegang kitab tersebut.
-jangan letak sebarang benda di atas kitab spt handphone, kuci kereta dan lain-lain lg.
-jangan letak kitab di bawah paras lutut.

Barangsiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu ia sedang menuju jalan ke syurga tapi niat menuntut ilmu perlulah lillahi Ta'ala, kerana ALLAH bkn sebab lain merupakan kesimpulan yg dapat sy buat dari himpunan hadis yg dihuraikn semasa slot nih.

Berhenti untuk makan tengah hari dan solat zohor.

SLOT 2nd

Slot ini membincangkan perihal solat berjemaah. Sangat kritikal masa ni jadi barangsiapa yg mempunyai semangat juang yg tinggi je yg survive. Jam menujukan pukul 4. Berusaha dengan sekuatnya untuk fokus.

Ada beberapa amalan yg kita boleh sedekahkan pahalanya kpd orang lain tapi tidak bagi ibadah solat kerana solat tidak boleh diwakilkan untuk orang lain.

Pahala 27 darjat dikurniakan pada siapa yg mengerjakan solat secara berjemaah walaupun bukan di suaru mahupun masjid.

sebenarnya banyak soalan-soalan yg hendak ditanyakan tapi disebabkan kekangan dari sudut masa makanya ada soalan yg tak terjawab.

Bunyi jam azan kedengaran. Tutup majlis dan tunaikan solat asar berjemaah. Selepas solat semua jemaah muslimin menyalami Syeikh al-Fadil sebelum beliau berangkat pulang.


Tenang sungguh berada dalam majlis ilmu. Dikelilingi dan didoakan oleh malaikat.

..::Hilang ghaib::..

tak mampu nk mengejar.
Kaki dh lenguh sgt2.

Larilah, lari.
Yg jauh semakin jauh.
Yg dekat mula menjauh.

Larilah, lari
Ketahuilah sy masih di sini.

Awak,
Keras hati
Kontradiksi yg ketara
Namun kita kerap bersama
Terima kasih
Ajari saya merai orang len

Awak,
Lemah lembutnya insan
Ibarat seorang kakak
Ajari saya memahami yg lain
Kita solat sama

Aku,
Pemendam
Sama dengan saya
Namun jarang benar kita bersama
Terkadang rindu
Yg jauh semakin jauh
Lari dari saya
Kenal tapi tak cinta
Bersusah payah hingga hujungnya
Sama dengan saya
Menetap lebih lama

Ana,
Sering bersama
Pergi makan
Pergi kuliah
Pergi tandas
Namun sering juga berselisih
Angkara syaitan gamaknya
Atau tiada ruang antara kita
Cuba memahami
Akhirnya lebih baik buat kerja sendiri
Yg dekat mula menjauh

Di sini, masih di sini. Selepas ni tidak lagi.

..::Muhasabah Diri 2::..

Assalamua'alaikum. Apa Khabar? Alhamdulillah fizikal saya sihat. Bagaimana kehidupan awak?

Facebook. Siapa tak tahu facebook, telah menjadi laman sosial yang popoular masa kini. Macam-macam application yang ada dlm facebook. Tapi kali ni, suka untuk saya berkongsi satu status, buat renungan kita bersama. Status ni dari sahabat saya, pemilik blog ni http://raehanmustafa.blogspot.com/. Jemputlah ziarah ke blognya (^_^).


Status tersebut ialah:


Lepas baca Quran hari ni, rasa sebak.. bukan sebab tersentuh dengan ayatnya.. tapi sebab tak paham pon apa yang dibaca..

Hati rasa tersindir dan malu sendiri.. Kita orang Islam.. hanya ada satu kitab aje yang Allah bekalkan.. tak banyak.. CUMA SATU AJE! Tapi yang satu ni pon, kita tak mampu nak habis belajar dari dulu..

Padahal boleh aje luangkan masa belajar bertahun-tahun, mentelaah berpuluh2 kitab tebal yang lain.. tapi kitab yang satu ni..baca pun susah nak khatam..maknanya pon kita tak paham2.. Astaghfirullah.. Sedey sangat kan?? Bila agaknya kita akan dapat kekuatan untuk ambil inisiatif sendiri, belajar mengkaji dan mentadburi makna dan pesanan2 Allah dalam Al-Quran??

Ya Allah, jadikanlah kami dan zuriat keturunan kami sebagai hambaMu yang rajin mengaji dan mengkaji al-Quran. Amin Ya Allah.. AMin Ya Rabbal alamin.

p/s: sebaiknya kita membaca quran yg ada tafsir, bleh kita tahu makna setiap kalam Allah. kalau selipar pon kita tak pernah kongsi sebelah2,
takkan
quran kita nak kongsi..mana lebih tinggi darjat antara selipar ngn quran..??



 

 Semoga apa saya rasa tika membaca status ni, awak pun rasa. Mari kita sama-sama ambil iktibar dari apa yang diluahkan dlm status di atas.


Peringatan buat diri sendiri juga.

..::kebangkitan rakyat::..

Assalamu’alaikum. Bagaiman kehidupan awak hari ni? Masih cerah? Alhamdulillah.

Gempar. Dunia hari ini melalui satu siri sejarah yg besar. Suatu siri kebangkitan rakyat yang menuntut pembaharuan di Negara mereka. Pada mulanya kebangkitan rakyat berlaku di Tunisia kini di Mesir. 


Tekanan hidup yg memeritkan, akhirnya tercetus kebangkitan dalam kalangan rakyat. Hal ini sepatutnya menjadi contoh ataupun teladan bagi para pemerintah di negara lain. Amanah sbg pemerintah bukan suatu yg mudah dan jangan di pandang ringan. 

Apa pula kisah pelajar-pelajar Malaysia di Mesir khususnya dan di Tanah Arab amnya. Kesan kebangkitan rakyat, Mesir menyekat segala hubungan telefon, internet sehinggakan menimbulkan kebimbangan para waris di Malaysia. Malam td, sampai ada bbrp orang ibu sanggup datang ke TV3, bertanyakan berita tentang anak-anak mereka di Mesir. 


Kita patut bersyukur kan, hidup dalam aman.. Namun, jangan masih keamanan ini tergadai. Doakan semoga saudara seIslam kita sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan..

..::cheese@keju::..

bukan makhluk bernama tikus je yang suka cheese@keju (^_^)v





..::teksi::..

teksi 1

Pemandu: seorang Singh (if not mistaken)
Perjalanan : UTM-Rainbow Tmn U
Tambang : Rm 6.40 (refer meter)
Situasi :
     penumpang 1 : uncle nah duit tambang. (sambil hulur Rm 6.50)
     pemandu teksi : ok, tq..eh,ambik 0.50sen..simpan..
     penumpang 1&2 : tq uncle. (sambil turun dari teksi)



teksi 2

Pemandu : seorang Melayu (Muslim)
Perjalanan : JJ Tmn U-UTM
Tambang : Rm4.50 (refer meter)
Situasi :
    pemandu teksi : Rm5 dik..(masa ni penumpang dah siap sedia dgn kat Rm4.50 tangan)
    penumpang : nah pkck. (sambil hulur RM10)



..::buku 2 : Semakin aku berfikir ALLAH Semakin ada::..

Sebetulnya tak rancang untuk beli sebarang novel. Ikut perancangan awal nak cari buku lain. Memandangkan hati saya dah tertarik dengan tajuk buku tuh Semakin aku berfikir ALLAH, Semakin ada jadi saya pun beli. Buku ini mengisahkan seorang lelaki intelek mengalami konflik diri yg kritikal mengenai Tuhan. Rayyan namanya. Semasa kecil Rayyan seorang yg rajin solat, puasa dan mengaji namun pabila dia meningkat remaja dan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, Rayyan makin berubah. Dia mula meninggalkan sejadah cinta kerana dia mulai tidak percaya kewujudan Tuhan. 

Lanjutan pengajian memberi peluang kpd Rayyan mempelajari ilmu baru sehinggakan dia belajar mengenai falsafah yg menidakkan kewujudan Tuhan. Dalam novel ni, Rayyan menghadapi ujian berat. Ketinggian ilmunya tidak diseimbangkan dengan ketinggian iman. Ilmu yg diperolehi tidak menjadi jawapan kpd persoalan wujudnya Tuhan tapi menjadikan dia seorang ateis.

Penulis juga menyelitkan masalah yg biasanya dihadapi oleh remaja iaitu masalah cinta. Cinta tiga segi, Rayyan dan kawan baiknya mencintai gadis yg sama. Akhirnya, Rayyan mengalah demi kawan baiknya yg menghidap penyakit jantung. Kawan baiknya juga menidakkan kewujudan Tuhan. Konflik dalaman Rayyan yg meragui kewujudan Tuhan ditambah lagi dengan kisah putus cintanya. Rayyan semakin parah. Dia mula mencari jalan pintas untuk melupakan kesusahan dan keperitan masalah yg menimpa dirinya dengan meminum arak. Tambah lagi masalah.

Akhirnya, Rayyan menerima hidayah dalam pencariannya. Rupanya ayahnya yg dipandang sebelah mata merupakan orang yg tinggi ilmunya dan melalui ayahnya, Rayyan menjumpai jalan keluar bagi permasalahan besar.

Allah menguji hamba-hambaNYA dengan pelbagai ujian seperti seorang hamba yg dikurniakan ketinggian ilmu tapi semakin jauh dari pemilik ilmu tersebut. Tidak semua ilmuwan mempunyai iman yg tinggi setaraf dengan ilmu g dikurniakan kpd dirinya. 

..::birthday::..

Setiap tahun kita akan menyambut ulangtahun kelahiran dan pada setiap awal tahun saya akan mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kpd dua ahli keluarga saya, iaitu ayah dan ucu. Mereka ni tak la lahir pada tarikh yg sama tapi pd tarikh yg berturutan, ucu lahir pd 9 januari manakala ayah lak pd 10 januari.

Tahun 2006, saya kira tahun yg kritikal sbb saya masa tuh saya kena menduduki SPM. Saya menjalani kehidupan seperti biasa, tiada plan yg luar biasa cuma sekadar pergi kelas tuisyen subjek fizik sbb lemah subjek ditambah lagi bukan subjek pilihan. Tuh pun pergi sekerat bulan jer. Nak dijadikan cerita, masa saya dan ayah saya menonton tv satu hari tuh tetiba mak cakap:

"mak mengandung lagi"

Saya terkejut. Saya ingatkan Syahmina la yg bongsu, masa tuh dia baru nk masuk 2 tahun. Saya toleh pada ayah. Muka ayah slumber je. Rupanya ayah dah tahu, mestilah mak dah bagitahu ayah awal-awal lagi. Tuh la detik perkenalan saya dgn ucu...hehehe...Kemudian, pada masa yg dinantikan..mak melahirkan ucu dgn selamatnya, alhamdulillah..namun begitu, ucu dikhabarkan kena sakit kuning nasib baik tak teruk. Saya kagum dgn mak saya. Dia tak pernah tunjukkan wajah cemas pun baik semasa menunggu detik nak bersalin dan masa mendapat tahu ucu kena sakit kuning. 

Beza saya dgn ucu 17 tahun...beza sgt2..pagi 9 januari 2006, saya pergi ke sekolah mcm biasa dan balik dari sekolah ayah saya terus bawa saya ke hospital untuk jenguk mak. Mak nampak tenang je dan ucu diletakkan dalam katil bayi bersebelahan mak. first time, saya mendukung bayi yang berusia sehari...sgt ringan...

Setiap kali cuti sabtu dan ahad selepas mak balik dari hospital bersama-sama dgn ucu, saya ada pertambahan bidang tugas di rumah...hehehe...tiap2 pagi saya kena jemur ucu di bawah cahaya matahari sambil bagi minum air kundur untuk hilangkan sakit kuning ucu..benda simple je sbb nk jaga ucu masa senang, ucu x kuat menangis.. jadi sambil jemur dia tepi tingkap boleh la nk basuh kain2 kotor basuh guna mesin dan sapu keliling rumah..tapi sekarang nk jaga ucu bukan senang.. dia dah pandai jalan, berlari ke rumah kawan..geram pun ada..



...pagi 9 januari 2010..dlm pukul 10.++am..saya telefon ayah untuk wish birthday ucu, hampa dia tak kat rumah sbb dia pergi berjalan ke rumah sedara..ayah suruh saya tunggu sekejap sbb ayah nak pergi pggl ucu. Sambil tunggu ucu, saya pun berbual dgn mak. Soalan lazim mak "dah makan?" ...dan soalan lazim saya lak "mak masak apa arini?"...x lama lepas tuh, ucu pun balik..saya ngat ucu x th yg saya nak wish birthaday dia tapi sangkaan saya meleset. Sebaik je mak bagi telefon pada ucu, ayat yg pertama keluar dari mulut dia ialah "happy birthday ucu k?"..dgn nada pelat dia..x surprise mesti ayah yg bagth knp saya nk cakap sgt dgn ucu..

Esok lak, 10 Januari hari jadi ayah saya..sekadar wish guna sms...sbb kredit x cukup nak call.

"Salam ayah, selamat ulangthun kelahiran. smg Allah merahmati ayah."

"t.ksh tlg doakan ayah slmt ddunia & akhirat"

sekiranya saya ni anak yg solehah, insyaALLAH permintaan ayah akan dimakbulkan kn..tapi saya ni bukan..bila diingat-ingatkan balik, saya pernah je bersifat kurang jar dgn ayah dan mak..maafkan angah, mak ayah..tetiba rindu lak..

..::semester baru::..

semoga semester ni saya dapat skor semua quiz, test dan final exam.