v(^_^)v
RSS
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

..::Buku 101 Rekreasi Hati::..

Akhirnya Pesta Buku Kuala Lumpur tamat. Akhirnya, saya tetap tak berpeluang untuk pergi. Rekod setakat ini, saya langsung tak pernah pergi ke pesta buku tuh. Belum ada rezeki lagi. 


Antara buku latest yang saya beli di MPH yang berdekatan ialah judul entri kali nih. 101 Rekreasi Hati. Bagi saya, buku ini sangat menarik. Buku ini merupakan sebuah buku hadis yang berilustrasi. BERILUSTRASI. Setelah berapa kali saya mencari Komik-M Takaza episod ke-2 tapi masih belum keluar dan buku hadis menarik pula kalau dibeli.

Buku hadis ini memetik 101 hadis yang ada dalam buku 300 Hadis Bimbingan tulisan Ustz Zahazan dan sahabat beliau. Bermacam-macam humor yang diketangahkan oleh ilustrator yang bernama Nik Wafdi Nik Jaafar, macam orang kelantan je. Lukisan tu ada yang lawak, sedih, futuristik dan sinikal. 


Seingat saya, buku komik yang paling bermanfaat saya baca ialah Takaza#1. Komik ini mengisahkan kehidupan seorang ahli kongsi gelap yg sudah bertaubat. Walaupun, dia telah meninggalkan kegiatan haram dia tetap diburu oleh kumpulan geng dia sebab nak bunuh dia. Komik ini masih elok lagi dengan saya. Conan, komik detektif pertama kali saya beli. Komik pertama saya beli. Masa tuh, ayah tak bagi saya beli. Mungkin baginya membazir je tapi memang membazir je sebab komik tuh entah kat mana. Tak dijaga dengan elok. 

Dunia animasi sangat berpotensi untuk dijadikan medium dakwah dalam penyebaran elemen islamik. Pembawaan mesej yg ringan tapi mudah difahami dan kadang-kadang mudah dihayati oleh pembaca mahupun penonton. Golongan yg menggemarkan animasi bukan setakat kanak-kanak tapi ada saja golongan remaja yang suka. Tak kisahlah komik ataupun cerita kartun, kan baik dijadikan medium dakwah. Bukan hiburan semata-mata. Semoga semua usaha dakwah dengan menggunakan animasi sebagai medium pada hari mencapai kejayaan.

..::Buku 1: Golongan Yang Tercicir di Jalan Dakwah..kenapa dan bagaimana::..

Kehidupan sebagai seorang pelajar memberi kebebasan kepada setiap pelajar untuk mengisi masa dengan apa jua jenis aktiviti. Bagi saya, saya memilih untuk menyertai organisasi kepimpinan sebab ingin mengasah generic skill. Saya dianjurkan supaya membaca buku “Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah…kenapa dan bagaimana?”. Walaupun judul buku tersebut mengenai jalan dakwah tapi bersesuaian untuk dijadikan rujukan bagi sesiapa yang terlibat dengan organisasi sebagai ketua atau orang bawahan.

Buku ini mengupaskan punca-punca yang menyebabkan ahli sesebuah organisasi mengasingkan diri, mengelak atau melarikan diri dari organisasi yang disertai. Terdapat 3 aspek kelemahan yang menjadi punca scenario (mengasingkan diri, mengelak atau melarikan diri dari organisasi) tersebut iaitu kelemahan organisasi itu sendiri, kelemahan diri sendiri dan ancaman anasir-anasir luar.
Kelemahan-kelemahan yang timbul disebabkan pelaksanaan tanggungjawab oleh organisasi dan ahlinya bermasalah. Tanggungjawab sesebuah organisasi antaranya menyediakan program tarbiyah (pendidikan), memberikan kerja kepada ahlinya dan menjaga kebajikan. Sebagai ahli pula, mestilah mempunyai persediaan dari segi ilmu dan juga niat untuk menyertai organisasi supaya tidak timbul rasa jemu dan sia-sia dalam melaksanakan gerak kerja. Ahli yang juga berstatus pelajar kadang-kadang mempunyai masalah untuk memberi komitmen kepada organisasi mereka kerana bimbang akan menjejaskan akademik mereka. Namun ada juga yang memandang ringan terhadap akademik mereka dan terlampau focus pada organisasi. Sebaik-baiknya, seimbangkanlah kedua-dua perkara. Akademik nombor satu, gerak kerja bukan nombor dua. Selain dari pelaksanaan tanggungjawab oleh organisasi dan ahlinya yang bermasalah, ancaman anasir luar juga punca kenapa ada ahli yang menjauhi dari organisasi. Antara ancaman tersebut ialah ujian, keluarga dan persekitaran. Setiap ibubapa mengharapkan anak-anak mereka berjaya disebabkan itu ada ibubapa yang melarang anak-anak mereka menyertai mana-mana organisasi kerana takut akademik anak-anak terjejas.
Harapnya, bahan bacaan ini dapat meresapkan ke dalam hati saya untuk saya hayati kemudiannya dipraktikkan. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan dan juga antara bekalan mati. Ilmu seharusnya diamalkan supaya tidak menjadi lopak air yang mengering (macam pernah dengar je ayat nih)