v(^_^)v
RSS

..::mimpi::..

Astagfirullah. Mimpi rupanya. Terjaga dari tidur gara-gara tersentak dengan mimpi malam. Gelap lagi. Dah lama benar tak berulit tidur dengan mimpi tapi malam ni aku bermimpi. Mimpi yang menyentap diri aku sendiri.  Seolah-olah mimpi tu sangat panjang tapi sepanjang aku mimpi cuma satu scene mimpi saja aku ingat. Lantaran scene tuh yang menyentap diri aku sendiri lalu aku terjaga. Ketika itu, di ruang tamu di sebuah rumah ala-ala rumah jepun. Cuma ada sebuah tv saja di ruangan tuh. Kelihatan cuma dua orang saja, seorang khusyuk tengok tv lagi seorang pula macam ada yang tak kena. Tak tahu siapa nama mereka. Perbualan ringkas berlaku.
"Aku tak kisah kalau kau kurang dari sudut pelajaran dan kewangan. Aku tak kisah kekurangan kau. Tapi aku sangat kisah kalau kau kurang dalam pengamalan agama dalam hidup kau. Aku sanggup bunuh kau sebabkan tuh"

"Bunuh?" 
konsentrasi menonton tv terganggu. Dia terkejut. 
"Bunuh? Kenapa kau sanggup nak bunuh aku? Bukan ke kita adik-beradik?
Rasa terkejut yang amat sangat membuatkan dia tak mampu bersuara. Dia hanya mampu bermonolog dalam hati sendirian. 

Aku tersentap dengan kata-kata dia. Lalu aku terjaga. Gelap lagi tapi aku tak boleh nak teruskan tidur sebab terkejut. Siapa mereka berdua? Kenapa adik-beradik sanggup nak berbunuhan? Ketika ni lupa realiti dunia hari ni. Lupa liputan akhbar mengenai anak bunuh ayah. Lupa liputan akhbar yang setiap hari bercerita pasal pembunuhan. 

2 minggu selepas tu, kehidupan aku memang berantakan. Entah kenapa, amalan rutin aku semakin teruk. Pengamalan agam aku betul-betul berkurangan. Hati aku semakin berserabut. Aku berasa mata celik tapi buta, telinga mendengar tapi pekak, lidah bertutur tapi bisu. Sedih, rimas, takut, lesu. Semua perasaan bercampur baur. 

Aku mesti berubah. Aku nak berubah. Aku tak boleh berputus asa dengan RahmatNYA. Jalan kembali masih terbuka. Rasa cuak dan tersentap dengan mimpi tu masih belum pudar. Namun, kehidupan terus berlalu. Aku mesti berubah. Aku nak berubah.
 

0 comments: