v(^_^)v
RSS

..::buku 2 : Semakin aku berfikir ALLAH Semakin ada::..

Sebetulnya tak rancang untuk beli sebarang novel. Ikut perancangan awal nak cari buku lain. Memandangkan hati saya dah tertarik dengan tajuk buku tuh Semakin aku berfikir ALLAH, Semakin ada jadi saya pun beli. Buku ini mengisahkan seorang lelaki intelek mengalami konflik diri yg kritikal mengenai Tuhan. Rayyan namanya. Semasa kecil Rayyan seorang yg rajin solat, puasa dan mengaji namun pabila dia meningkat remaja dan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, Rayyan makin berubah. Dia mula meninggalkan sejadah cinta kerana dia mulai tidak percaya kewujudan Tuhan. 

Lanjutan pengajian memberi peluang kpd Rayyan mempelajari ilmu baru sehinggakan dia belajar mengenai falsafah yg menidakkan kewujudan Tuhan. Dalam novel ni, Rayyan menghadapi ujian berat. Ketinggian ilmunya tidak diseimbangkan dengan ketinggian iman. Ilmu yg diperolehi tidak menjadi jawapan kpd persoalan wujudnya Tuhan tapi menjadikan dia seorang ateis.

Penulis juga menyelitkan masalah yg biasanya dihadapi oleh remaja iaitu masalah cinta. Cinta tiga segi, Rayyan dan kawan baiknya mencintai gadis yg sama. Akhirnya, Rayyan mengalah demi kawan baiknya yg menghidap penyakit jantung. Kawan baiknya juga menidakkan kewujudan Tuhan. Konflik dalaman Rayyan yg meragui kewujudan Tuhan ditambah lagi dengan kisah putus cintanya. Rayyan semakin parah. Dia mula mencari jalan pintas untuk melupakan kesusahan dan keperitan masalah yg menimpa dirinya dengan meminum arak. Tambah lagi masalah.

Akhirnya, Rayyan menerima hidayah dalam pencariannya. Rupanya ayahnya yg dipandang sebelah mata merupakan orang yg tinggi ilmunya dan melalui ayahnya, Rayyan menjumpai jalan keluar bagi permasalahan besar.

Allah menguji hamba-hambaNYA dengan pelbagai ujian seperti seorang hamba yg dikurniakan ketinggian ilmu tapi semakin jauh dari pemilik ilmu tersebut. Tidak semua ilmuwan mempunyai iman yg tinggi setaraf dengan ilmu g dikurniakan kpd dirinya. 

0 comments: