Bismillahirrohmannirrohim. Assalamualaikum. Entri kali ini saya mulakan dengan suatu kisah.
Ria seorang gadis yang lincah dan responsif. Gadis yang biasa dan tidak cerewet. Kalau dilihat, Ria juga seorang gadis yang ramah. Dia ringan mulut dengan semua orang. Maka tidak hairan jika dia mempunyai rakan yang ramai tempat pengajiannya. Dia seorang yang baik tapi jangan cuba cari pasal dengannya. Kalau dia marah, semua bad word keluar. Tak semua orang sempurna. Ria seorang yang tidak boleh kawal sifat marahnya. Dahsyat betul kalau dia marah.
Tak sangka Ria seorang yang suka mencuba. Suatu hari, dia memakai baju t-shirt labuh paras lutut ke kuliah. Semua pelajar perempuan terkejut. Saya cuma tersenyum. Suasana yang riuh tadi mula reda apabila pensyarah kami masuk ke dewan kuliah dan memulakan kuliah pada hari itu. Hanya suara pensyarah saja yang kedengaran. Yang lain menjadi pendengar yang baik.
Setelah kuliah pada hari itu tamat. Ria pun keluar meninggalkan dewan dan balik ke asrama. Semasa diluar dewan, rakan-rakan mula mengusik Ria. "..Ria muslimah...Ria muslimah..." Saya tengok Ria. Dia tidak memarahi rakan-rakan yang mengusiknya. Malah, dia menerima dengan positif. Katanya, dia malu dipanggil begitu mungkin pertama kali memakai baju t-shirt labuh paras lutut. Saya lihat Ria nampak lebih sopan dengan baju berbanding tshirt biasa yang dia pakai. Ironinya, rakan-rakan yang mengusik Ria merupakan pelajar perempuan yang beragama Islam. Bukankah, Muslimah maksudnya ialah seorang perempuan yang beragama Islam. Maka, sesiapa yg beragama Islam dan ia perempuan dikenali sebagai muslimah. Muslimat itu bukan yang memakai baju tshirt labuh semata-mata tetapi perempuan yang beragama Islam. Sekiranya, seorang perempuan tidak memakai baju labuh tapi ia beragama Islam maka ia juga dikenali sebagai muslimah.
Pesan seorang ustaz. Katanya, kalau ada orang yang cuba mempraktikkan amalan yang baik jangan perlekehkan tapi berdoalah supaya kita juga dapat buat apa yang dia buat. Lebih kuranglah macam tu isi pesanannya. Melihat Ria yang cuba memulakan satu perubahan yang baik dalam hidupnya terdetik dalam hati saya untuk beristiqomah cara pemakaian saya. Tidak dinafikan dunia hari ini banyak cabaran. Siapa yang tak nak memakai baju yang cantik dan up-to-date. Setiap perempuan mahu kelihatan cantik. Hal ini adalah fitrah kami apabila dilahirkan sebagai seorang yang perempuan. Namun begitu, apa maknanya cantik jika pemakaian mahupun penampilan kita tidak disukai oleh Pemberi kecantikan itu. Islam telah menetapkan garis panduan dalam berpakaian supaya kita memelihara aurat kita. Tidak salah untuk kita berfesyen tak salah jika kita berfesyen pada masa yang sama tidak menepati kehendak Islam. Tak salah berfesyen tapi kena tutp aurat.
Terjemahan Surah An-Nur ayat 31:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Biarlah hanya individu yang halal saja yang melihat perhiasan kita. Akhir kalam buat entri kali ni, mohon maaf kalau ada yang silap dan terkasar bahasa. Entri ini juga buat peringatan diri sendiri yang tidak sunyi dari buat kesalahan. Mohon undur diri. Assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment