v(^_^)v
RSS

..::bab:exam dah tamat::..

Assalamua'alaikum.
Alhamdulillah kerana masih hidup dalam rahmatNya, dapat hirup udara, merasai kedamaian waktu dhuha, menjalani ibadat seperti biasa dan banyak lagi nikmat yang ALLAH kurniakan. Nikmat yang terbesar Alhamdulillah masih dapat dirasai iaitu nikmat iman dan islam.
Selawat dan salam buat junjungan kekasihNya dan juga pemberi syafaat di akhirat kelak.

Tanggal 29hb November 2010, Alhamdullilah dapat mengakhiri peperiksaan dengan agak baik. Selepas ini, saya cuma mampu bertawakal kepada ALLAH dengan keputusan yang bakal saya dapat.

Ya ALLAH, tenangkanlah hati hambaMU. Ada getar kegusaran dan kebimbangan dalam hatiku ini. Kurniakanlah ku keputusan yang baik dalam peperiksaan kali Ya Tuhanku. Kekalkanlah pointer ku atas 3 Bbegitu juga dengan sahabat-sahabatku. Ya ALLAH kurniakanlah kami kesediaan mental jika tercatat buat kami bukan kejayaan.Amin.

..::bab:rujukan::..

Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran atas nikmat-nikmat yang dikurniakan ALLAH untuk saya, nikmat iman dan nikmat Islam. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.

Sekarang minggu peperiksaan, semoga saya dan sahabat-sahabat dapat menjawab dengan baik. Ya ALLAH, permudahkan kami mampersiapkan diri menghadapi exam. Semoga mereka bahagia di samping keluarga seperti saya (^_^)

...sekadar perkongsian ringkas sempena exam..

Apa yang dapat membantu kita?


Mind Mapping/nota ringkas

saya sangat disarankan dan menyarankan buat mind map. Saya student biology, course in banyak belajar pasal reaction dan metabolism. Jadi proses pembelajaran dan revision sangat mudah dengan mind map.


gluconeogenesis reaction


Kan lagi nampak proses reaction berlaku. 


Study Group

Cara nih sangat membantu sebab membantu menguatkan ingatan dan menajamkan lagi kefahaman kita. Agak susah untuk kita menguasai keseluruhan subjek dengan adanya member group kita boleh topup antara satu sama lain. Tapi sebelum mula kan study group every member group dah prepare.
 
Rujukan


untuk exam sebelum nih, saya guna beberapa buah buku rujukan. Agak memeningkan. Dalam buku La Tahzan karangan Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, beliau menceritakan suatu hari beliau mendapatkan beberapa buah buku rujukan yang mantap tapi diakhirnya beliau tak menggunakan kesemua buku-buku rujukan tersebut. Isi kandungan dalam sebuah dua buku rujukan adalah lebih kurang sama je. 
Jadi cukuplah guna sebuah ke dua buku rujukan yang lengkap dan yang dapat membantu kita semasa revision.

..::bab:persahabatan::..

"sy merindukn keakrabn yg lalu tp sy fhm slps p’temuan ari2 dan skg awk ad mslh, keadaan x akn sma mcm dl"
Button cancel ditekan. Mesej yang menggambarkan perasaan saya malam itu siap ditiap tapi saya memilih untuk tidak menghantar kepada penerimanya. Untuk sekiannya, saya tak nak mengganggu konsentrasi sahabat saya yang bakal berdepan dengan exam. Lebih baik focus dengan study masing-masing supaya boleh cover balik result sem nih.

Plan study malam nih, nak study di masjid dan qiam sekali ke? Atau nak study kat bilik je? Tak pe, try ajak sahabat yang suka study kat masjid. Try and error.
Nk qiam kat masjid k?
Bole gak..nk g kul bpe?
Pas maghrb?
Kte ad keje sket..kte g lmbt sket..awk nk g dlu xpe lah..
Awk nk g buat keje pkul brp? Klau xlwt sgt,blh je sy tggu
Awk,kte xjd buat keje.kte g pas isyak leh?
Ok..pkul brp? Awk lapa x? nk g mkn dl?
Kte g kul 8.30 leh?mkn dlu..
Tetiba teringat “knp x ajak?”

Slm,arini kami nk qiam ag? Tp nk g mkn dl..
Sy bru lps mkn,xpe pas mkn bgth sy,nk join
Ok…
Sambung hafalan yang tergendala. Ish semakin tua nih semakin susah lak nak hafal. Ya ALLAH, permudahkanlah aku menghafal.
..teteet..
Syukran kerana merasa kehadiran sya.poyo je.huhu
Sy tetap merasa kehadiran awk,Cuma ye skg ni awk s’olah2 m’merlukan ruang utk dri sendri..jd sy xnk ganggu awk..
Mngkn ksdhn sesi luahan perasaan kita dulu tlh menjadi parut dalam hati sy dan sukar utk dihapuskan.apapepun jd hamba ALLAH yg terbaik
Tambah lg satu ayat sebelum masuk isyak. Baiklah, arini 6 ayat esok sambung lg insyaALLAH.Kena ambik wudhuk nih jap ag masuk isyak. Tak nak masuk toilet mse azan, banyak syaitan dalam toilet tuh time2 azan t. Ustaz pesan”jangan menyamai syaitan klau nak jauhi syaitan, jangan ikut syaitan makan,tidur…”. Klau nak masuk toilet pun jangan ikut macam syaitan kan. 

akhirnya, jalan ke masjid pada jam 9.++pm..

Ermm, keadaan dah berubah. Takde rasa manis,pahit Cuma rasa tawar. Tapi tak pe,anggap macam biasa. Ikut mcm Nabi, jadi orang yang penyabar. Nabi marah masa hak-hak ALLAH,agama dicerobohi. Nak akhlak secantik wajah kan jadi sabar dan berlapang dada adalah lebih baik. Lagipun, semua nih berlaku disebabkan saya sendiri. Cepat sangat merajuk dengan sahabat sendiri. Kata nak rai sahabat yang pelbagai ragam dan perangai akhirnya saya sendiri yang menyakiti hati sahabat. Saya sendiri yang menyebabkan hati sahabat dirundung kesedihan. Saya sangat kejam kan. 

Saya merindui diri saya yang dulu. Dulu, hati nih cukup sabar melayani pelbagai perangai kawan-kawan sekeliling tapi sekarang cepat sangat terasa klau sahabat terkasar, terusik, terkata dan banyak lagi lah yang “ter…”
Sahabat adalah salah satu pemudahcara bagi kita memperbaiki diri dari sudut tarbiyyah fardhi. Seharusnya bermula dari diri sendiri untuk memperbaiki diri.

Maafkan saya. Itulah ucapan yang termampu saya lafazkan. Saya tak mampu nak patah balik masa sebelum saya buat sahabat yang sedih dan terluka. Semoga sahabat saya menerima salam kemaafan saya.

Berikut adalah adab-adab bersahabat yang saya dapat walking blog saya. Saya dah simpulkan untuk renungan dan perkongsian:

  • Hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan dari segi harta, tenaga, kepandaian
  • Hendaklah memenuhi keperluan antara satu sama lain tanpa dipinta.
  • Hendaklah senantiasa menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya.
  • Hendaklah sentiasa menjaga tutur bicara masing-masing dan hormat menghormati di antara satu sama lain.
  • Hendaklah memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai.
  • Hendaklah bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan sahabatnya dengan cara yang disenangi. Seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.
  • Hendaklah mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.
  • Hendaklah berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaanya.
  • Hendaklah meringankan bebanan yang ditanggung oleh sahabat serta bersedia untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesedihan.
  • Hendaklah sentiasa berbuat baik kepadanya.
  • Hendaklah memberi peluang kepada sahabat menghabiskan percakapannya.
  • Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis.
  • Hendaklah memahani sahabat di samping tuntutan difahami tidak diketepikan.
Dalam melakukan perubahan seperti mempraktikkan adab-adab bersahabat nih hendaklah dilakukan secara perlahan-perlahan supaya diri kita dapat beristiqomah. perubahan yang drastik biasanya tidak kekal lama dan kadang-kadang mendatangkan kemudharatan.

..::final exam just round the corner::..

wasilah risalah

Bismillah wal Hamdulillah.


Seinfiniti rasa syukur pada Allah, Tuhan Sekalian Alam. Moga dirimu tetap jua teguh di jalanNya.

Kali ini, ana tertarik untuk berkongsi satu artikel yang ana dapat melalui emel sebentar tadi. Tersentuh bilamana membacanya. Moga dapat manfaatnya bersama.

**************************************************


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan anak lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan puteranya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.


Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata, “OK ayah, saya sudah bersedia”.
Ayahnya berkata, “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab,
“Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas,
Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya,
“Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?".
Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya,
“Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata,
“Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati”.



Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.

Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya,
“Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya”.

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.

Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .


Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, "Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

"Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati."
"Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi 'Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya'. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat."
"Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya."
"Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk 'Jalan Ke Syurga' yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut."
"Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka."

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR. ALLAHU AKBAR. Gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.


Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.


“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
~Al-Maidah, ayat 3~

****************************************************
~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~


p/s:perkongsian daripada blog walking saya.
http://aishahjauhara.blogspot.com/.

..::Buku 1: Golongan Yang Tercicir di Jalan Dakwah..kenapa dan bagaimana::..

Kehidupan sebagai seorang pelajar memberi kebebasan kepada setiap pelajar untuk mengisi masa dengan apa jua jenis aktiviti. Bagi saya, saya memilih untuk menyertai organisasi kepimpinan sebab ingin mengasah generic skill. Saya dianjurkan supaya membaca buku “Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah…kenapa dan bagaimana?”. Walaupun judul buku tersebut mengenai jalan dakwah tapi bersesuaian untuk dijadikan rujukan bagi sesiapa yang terlibat dengan organisasi sebagai ketua atau orang bawahan.

Buku ini mengupaskan punca-punca yang menyebabkan ahli sesebuah organisasi mengasingkan diri, mengelak atau melarikan diri dari organisasi yang disertai. Terdapat 3 aspek kelemahan yang menjadi punca scenario (mengasingkan diri, mengelak atau melarikan diri dari organisasi) tersebut iaitu kelemahan organisasi itu sendiri, kelemahan diri sendiri dan ancaman anasir-anasir luar.
Kelemahan-kelemahan yang timbul disebabkan pelaksanaan tanggungjawab oleh organisasi dan ahlinya bermasalah. Tanggungjawab sesebuah organisasi antaranya menyediakan program tarbiyah (pendidikan), memberikan kerja kepada ahlinya dan menjaga kebajikan. Sebagai ahli pula, mestilah mempunyai persediaan dari segi ilmu dan juga niat untuk menyertai organisasi supaya tidak timbul rasa jemu dan sia-sia dalam melaksanakan gerak kerja. Ahli yang juga berstatus pelajar kadang-kadang mempunyai masalah untuk memberi komitmen kepada organisasi mereka kerana bimbang akan menjejaskan akademik mereka. Namun ada juga yang memandang ringan terhadap akademik mereka dan terlampau focus pada organisasi. Sebaik-baiknya, seimbangkanlah kedua-dua perkara. Akademik nombor satu, gerak kerja bukan nombor dua. Selain dari pelaksanaan tanggungjawab oleh organisasi dan ahlinya yang bermasalah, ancaman anasir luar juga punca kenapa ada ahli yang menjauhi dari organisasi. Antara ancaman tersebut ialah ujian, keluarga dan persekitaran. Setiap ibubapa mengharapkan anak-anak mereka berjaya disebabkan itu ada ibubapa yang melarang anak-anak mereka menyertai mana-mana organisasi kerana takut akademik anak-anak terjejas.
Harapnya, bahan bacaan ini dapat meresapkan ke dalam hati saya untuk saya hayati kemudiannya dipraktikkan. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan dan juga antara bekalan mati. Ilmu seharusnya diamalkan supaya tidak menjadi lopak air yang mengering (macam pernah dengar je ayat nih)

..::muhasabah diri::..

Assalamualaikum w.b.t  

...ramadhan telah pun melabuhkan tirainya...kini syawal melakar ceritanya yang tersendiri..

selama sebulan berpuasa..selama itu kita membiasakan diri dengan rasa lapar, dahaga, berqiamulail, membaca Al-Quran dan pelbagai amalan yang jarang dilakukan tapi sempena ramadhan al-mubarak amalan-amalan tersebut dilakukan. Alhamdulillah, semoga ALLAH menerima kesemua amalan tersebut.

namun menjadi persoalan...

apakah amalan-amalan tersebut akan terus diamalkan atau tidak?
adakah product utama ramadhan tercapai?...sebelum itu..
adakah aku sudah beroleh rahmat, keampunan ILahi dan juga pembebasan dari api neraka?
adakah ibadah puasa ini dapat dilakukan di bualan ramadhan akan datang?



berdoalah supaya beroleh keredhaanNYA..

..::NASIHAT SAHABAT::..

Kina..
ama harap kina dapat tingkatkan kesabaran berada dalam organisasi..
banyak0banyak berdoa supaya ALLAH berikan kesabaran yang tinggi untuk hadapi setiap mehnah dan tribulasi..
insyaALLAH hati kina akan tenang dan lapangwalaupun sibuk..
jauhkan sifat-sifat yang dibenci ALLAH..
macam..
su'zhon
dengki
benci
dendam dll
sebab sifat ini boleh menghijabkan fitrah semulajadi kita yang baik-baik belaka..
walaupun kita berada dalam organisasi tapi tidak semestinya kita lagi bagus dari orang lain kan?
dalam organisasilah mungkin muncul..
perasaan buruk sangka pada sahabat,dengki dll..
mungkin kita lagi teruk dari orang yang tidak pakai tudung sekalipun di sisiNYA dari segi akhlak
kita tak tahu hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI..
Kina banyak-banyak berdoa moga ALLAH tempatkan kita di kalangan orang yang bertaqwa dan tingkat darjat di sisiNYA..
kita kena ingat kina..
atas dunia yang masanya sangat singkat ni saja tempat untuk kita buat baik..
cari sebanyak mungkin bekalan dan tingkatkan amal ibadat..
sangat rugi kalau kita buat perkara yang TUHAN murka dan benci kan..
muhasabahlah diri selalu..
kadang-kadang bila kita buat banyak kebaikan dan kebajikan..
belum tentu ALLAH terima kalau dihadiri dgn sifat riak, ujub, dan takbur..
kalau kina rasa bangga buat sesuatu kebaikan..
ingatlah itu adalah mainaan syaitan
cepat-cepat sebut astaghfirullah..
kalau kina rasa susah
banyak-banyakkan doa sebab setiap doa pasti akan termakbul 
kina ingat ye
setiap kesulitan pasti ada kemudahan 
insyaALLAH..
ikhlas dari sahabat yang mencintaimu kerana ALLAH AZZA WA JALLA

..::internet::..

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua,maksud globalisasi ialah fenomena yg menjadikan dunia kelihatan kecil dr segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat. Maka,internet merupakan salah satu fenomena yang menjadikan dunia ini kecil. Satu kelebihan yang tidak dapat disangkal lagi namun masih ada kelemahan yang wujud. Zaman kita internet sudah menjadi salah satu keperluan. Nak tak nak saya kena menerima kemajuan yang wujud hari ini walaupun kita masih suka menggunakan cara yang dipraktikkan sejak dulu lagi seperti penggunaan surat dsb. Saya seorang yang sukakan sesuatu yang tradisional tapi tidak menolak kemodenan. Walaupun anda merupakan orang tidak mengambil tahu kemajuan pada hari in anda tetap terdedah dengan kesan kemajuan. Kiranya globalisasi ini tidak boleh dihalang. Rigid tak? penggunaan perkataan ‘tidak’ telah jatuh mandotori menurut fahaman saya.


Saya suka melayari internet kerana memudahkan kerja seperti mencari maklumat yang diperlukan, dapat menghantar dokumen tertentu dsb. Namun ada gangguan semasa melayari internet. Serangan virus yang tidak ketahui. Pada hari banyak orang yang kreatif termasuklah kreatif dalam mencipta virus dalam jaringan tanpa wayar. Setiap kali memuat turun sesuatu program setiap itulah virus potensi virus masuk ke dalam computer tinggi. Siapa ada software untuk menghalang dari serangan virus ini?


Sangat terganggu juga apabila tiba-tiba keluar link yang entah dari mana pada skrin. Link yang tak patut. Di sinilah kelemahan yang wujud dalam internet. Sesiapa sahaja boleh memberi manghantar anda link semasa anda melayari internet. Internet itu bagus tapi ada pengguna internet yang tidak bagus. Biasalah, dunia ini ada orang baik dan orang jahat. Maka, terletak ke atas diri individu itu sendiri cara mengguna internet. Baik cara guna maka baiklah internet itu baginya dan sebaliknya.


Slogan dunia di hujung jari sangat popular jika dikaitkan internet. Sebarang maklumat boleh didapati dengan mudah dan cepat tanpa perlu keluar dari sempadan Negara. Kelebihan ini mampu melalaikan manusia. Ada individu yang sanggup menghadap computer sehari suntuk. Saya ada terbaca seorang wanita gemuk menjadi kurus kerana asyik melayari internet. Memang berkesan pada dirinya kerana perbezaan sebelum dan selepas sangat ketara. Kalau berita ini palsu bermaksud saya dah menipu siapa yang membaca coretan ini tapi ketahuilah saya tidak berniat nak menipu.


Internet ini menguntungkan para peniaga khususnya kerana apa? Sebab mereka boleh memasarkan produk mereka dengan mudah di internet tanpa bayaran yang mahal. Macam-macam jenis perniagaan yang wujud pada hari ini.


Banyak lagi kelebihan mahupun kelemahan sebenarnya. Konklusinya, terletak ke atas setiap individu itu cara menggunakan internet.
















p/s:awak janganlah menyalahgunakan kemudahan internet dan ingatkan saya perkara yang sama






dari ******

...persediaan puasa...

Assalamualaikum w.b.t  
…ramadhan bakal tiba… Saya memanjatkan sepotong doa “ALLAHumma balighna ramadhan”. Doa ini diamalkan oleh Baginda Nabi Muhamad S.A.W dan para sahabat semasa penantian bulan ramadhan al-mubarak.  [marilah amalkan sunat Baginda] 

Pada suatu hari jumaat dalam syaaban, saya mengambil tanggungjawab menyampaikan tazkirah walaupun selepas menolaknya disebabkan rasa rendah diri. Saya seorang yang kurang ilmu diminta untuk menyampaikan tazkirah memang sangat tidak layan. Saya akui sendiri. Namun, demi meringankan dan melancarkan program yang telah pun dirancangkan pada hari itu akhirnya saya memberanikan diri untuk menyampaikan tazkirah di atas dorongan sahabat saya. Jadi saya ingin berkongsi tazkirah yang telah saya sampaikan pada hari itu. Mungkin pengisian yang saya cuba kongsikan ini adalah perkara yang memang biasa dan semua  sudah maklum. 

Pada petang itu, saya membicarakan tentang persediaan menyambut bulan ramadhan al-mubarak dari sudut iman, ilmu dan keazaman. Saya akan berkongsi secara ringkas:     

Persediaan Iman 
1.    Hendaklah menyucikan jiwa. InsyaALLAH, kita akan dipermudahkan melakukan ibadat ketika bulan ramadhan al-mubarak nanti.
2.    Sentiasa amalkan doa “ALLAHumma balighna ramadhan” supaya kita diberi kesempatan menyambut ramadhan. Baginda dan para sahabat mengamalkan doa ini 6 bulan sebelum tibanya ramadhan al-mubarak. Sebaliknya kita?
3.    Memperbanyakkan puasa di bulan syaaban. InsyaALLAH masih berkesempatan untuk berpuasa lagi.
4.    Melakukan qiamulail dan berzikir. Cara untuk membentuk kekuatan diri dan membersihkan hati. 

Persediaan Ilmu 
1.    Membaca ilmu yang berkaitan dengan puasa supaya amalan puasa kita betul dan diterima olehNYA.
2.    Membaca buku-buku yang berunsurkan penyucian jiwa. 
3.    Mendengar ceramah.
4.    Menghafal surah-surah (surah lazim/juzuz amma) 

Persediaan motivasi
1.    Berazam akan melakukan amalan lebih baik berbanding bulan yang sebelumnya.
 2.    Menjadikan bulan ramadhan al-mubarak hari yang istimewa.
3.    Mengimarahkan rumah ALLAH. Kalau sebelum ini rajin balik ke bilik pada jam 1ptg apa kata kita ambil peluang solat berjemaah di masjid. InsyaALLAH kita akan dikurniakan pahala 27 darjat berbanding solat bersendirian.
4.    menanam niat untuk beribadat dengan bersungguh-sungguh.

 

Di akhir sesi tazkirah itu saya menyelitkan juga harapan para pendengar ketika itu mengambil serba sedikit pengisian tersebut untuk diamalkan supaya dapat menjalani puasa ketika bulan ramadhan al-mubarak nanti dengan baik dan lancar. Saya selaku pentazkirah juga akan mengamalkan setakat yang saya mampu. InsyaALLAH.  SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK (^_^)  

..::mAwAr::..


                                                                                                                                                                                



amat sinonim bunga mawar dengan wanita atau gadis mahupun muslimah..

bunga mawar memang cantik..

bukan saja cantik malah wangi baunya..

2 kelebihan yang ALLAH ciptakan ini telah menarik perhatian 2 jenis makhlukNYA yang lain..

kumbang dan manusia..

ALLAH juga menciptakan satu kelebihan kepada si mawar ini iaitu duri..

duri itu merupakan kelebihan si mawar untuk mempertahankan dirinya..
namun merupakan ancaman kepada makhluk lain..

maka dengan ini..

wanita perlulah mempertahankan harga diri dan maruah..janganlah mudah leka dan percaya dengan pujuk rayu lelaki..melihat masalah gejala sosial pada hari ini banyak melibatkan wanita..

buat diri sendiri juga..bentuklah peribadi mulia..sentiasalah memperbaiki diri..

..::aYaH::..

5 hari seminggu selama 10 minggu ayah si Dara akan menghantar dan menjemput si Dara ke tempat kerja. Amat beruntung si Dara,tidak perlu bersusah payah menunggu bas dan berebut naik lrt seperti kawan-kawannya yang lain. Si Dara cukup bersyukur namun begitu si Dara tetap susah hati kerana semacam menyusahkan ayahnya menghantar dan menjemputnya dari tempat kerja. Perjalanan ke tempat kerja Si Dara mengambil masa kira-kira 30 minit jadi 5 hari seminggu selama 10 minggu ayah si Dara akan menghabiskan masanya sebanyak 1 jam di atas jalanraya demi anaknya, si Dara. Ayah si Dara menghantar dan menjemput si Dara dengan motorsikal dengan ini dapat menjimatkan kos dan masa jika menaiki kereta alamatnya akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Tindakan ayah si Dara memberi kesan dalam hati si Dara. Mana taknya, 5 hari dalam seminggu ayah dan si Dara akan melalui perjalanan bagi si Dara sangat mencabar. Ayah si Dara akan melalui laluan khas untuk motorsikal bagi menghantar dan menjemput si Dara. Laluan itu sempit tapi cukuplah untuk kenderaan seperti motorsikal dan basikal melaluinya. Apa yang mencabar pula bagi si Dara ni? Yang mencabarnya ialah si Dara semacam berada di litar lumba. Semua penunggang memecut menuju ke destinasi masing-masing kadang-kala ayah dan si Dara berdepan dengan situasi ‘nyaris kemalangan’. Gugup jantung si Dara ketika itu. Maka, ayah dan si Dara mengalami situasi itu untuk 5 hari seminggu selama 10 minggu. Hal ini mengingatkan si Dara dengan kematian dan dosa-dosa lampau. Sememangnya setiap kejadian ada hikmahnya. Dengan ulang-alik ke tempat kerja dengan motorsikal membuat si Dara ingat pasal mati.
Namun begitu si Dara memujuk ayahnya supaya membenarkan si Dara menaiki pengangkutan awam agar si Dara dapat mendidik diri berdikari dan merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan awam. Lagipun si Dara tak nak menyusahkan ayahnya lagi. Si Dara tahu perjalanan yang lama menyebabkan ayahnya sengal-sengal badan. Bagi menyedapkan hati, si Dara akan menggosok-gosok belakang ayahnya.
Pengorbanan ayah tak akan si Dara lupakan. Demi anak, ayah sanggup berkorban. Pengorbanan itu memberi rangsangan kepada anak.


Tanggungjawab pelajar…

Setiap ilmu yang diperolehi seharusnya dipraktikkan supaya ilmu itu memberi manfaat.
Tapi pada hari ini adakah kita mempraktikkan apa yg kita belajar?. Kepada yang mempraktikkan ilmu yang dimiliki sangatlah beruntung kerana INSYAALAH ilmu itu akan menjadi antara bekalan untuk hari yang kekal abadi.
Wahai para pelajar,janganlah belajar semata-mata untuk lulus periksa. Amatlah malang pada sesiapa yang belajar untuk lulus periksa sahaja. Ini kerana ilmu-ilmu yang diperolehi hanya akan dimuntahkan kembali di atas kertas jawapan. Kemudian, ilmu itu makin hilang dari dada dan ingatan. Ilmu ini perlu diamalkan supaya ilmu itu terus melekat di dada dan ingatan.
Timbulnya penyesalan apabila menyedari hakikat tanggunngjawab sebenar. Ilmu yang dituntut hendaklah diamalkan tak kira ilmu itu besar atau kecil. Tidak semua orang berpeluang menuntut, maka kita yang ada peluang menuntut ni haruslah hargai ilmu-ilmu yang dituntut.

“putuslah segalanya yang berkaitan dengan anak adam apabila ajal yang menjemput kecuali tiga perkara iaitu sedekah zariah,ilmu yang bermanfaat dan doa-doa anak yang soleh”
p/s:tak ingat ayat penuh..kesan tak amalkan ilmulah ni…(T_T)
Rasanya semua pernah dengar bait-bait di atas. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan yang mempunyai tujuan baik niat kerana ALLAH. Perbuatan yang tidak diniatkan kerana ALLAH akan menjadi adat semata, jadi niatlah setiap perbuatan kita kerana ALLAH supaya perbuatan seharian kita menjadi suatu ibadah disisi ALLAH.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

..::rEaLiTi HiDuP::..





Reality of life…

Seperti biasa dia memulakan harinya dengan semangat untuk berbakti kepada ummah. Pada suatu hari, dia merancang untuk mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Dia adalah seorng guru wanita.Ia berdiri di tengah-tengah kelas seperti biasa supaya mudah menghadap murid-muridnya. Ia rancang untuk bermain dengan murid-muridnya suatu pagi. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "cikgu ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri cikgu ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Kalau cikgu angkat kapur ini, kena sebut "Kapur!",jika cikgu angkat pemadam ini, kena sebut "Pemadam!"


Murid-muridnya mengangguk tanda faham dan setuju dengan syarat permainan. Ia berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian syarat permainan ditukar,katanya "Baik sekarang perhatikan. Kalau cikgu angkat kapur, sebut "Pemadam!", kalau cikgu angkat pemadam, sebut "Kapur!". Permainan diteruskan seperti tadi, murid-muridnya menjadi keliru dan kekok jadi sangat sukar untuk bermain dan permainan tak serancak tadi. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Si guru tersenyum kepada murid-muridnya. Ada motif disebalik permainan tadi,katanya "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.

Apa Kaitan Dengan Reality Hidup Sekarang??

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah nak up-to-date kononnya, tanpa rasa malu, Zina tidak lagi jadi persoalan, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend sehingga berlaku kes buang bayi, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, ANDA sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.

Teringat dengan kata-kata ayah, katanya “Dulu kalau ada lelaki bawa anak dara orang dah lama kena hambat degan orang kampung,tapi sekarang siap bawa rumah lagi.”

Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Masalah-masalah social yang berlaku pada hari disebabkan penularan budaya negative dalam kalangan masyarakat. Masalah-msalah ini menjadi makin parah apabila grass-root ISLAM dalam diri makin menghakis.

Entri saya adaptasi dari sebuah blog yg pernah saya baca dulu..tapi tak ngat sumber dari mn..mungkin ada sedikit perbezaan kerana saya menulis apa yg sy ngat jer..semoga memberi kesedaran serba sedikit kpd sesiapa yang membaca entri ini.

UjiAn

hAmBa

hdup sbg hamba...
wajib menuntut ilmu..umpama pelajar..
wajib m'taati org tu..umpama sorg anak..
jika hdup sbg pelajar blm tentu mjd ank yg baik..
jika hdup sbg ank blm tentu b'peluang mjd pelajar..

maka hidup lah sbg hamba..
sesibuk mn mjd pelajar,setaat mn sorg ank..
tiada alasan..
menjamin keberlangsungan agama islam..
insyaALLAH..
xnk jd punca kebantutan ataupun kemandulan..

sebelum sentuh hati lain..
belailah hati kita.

Agama islam itu fitrah..
perlukn kata2 hikmah ataupun falsafah sbg pemangkin..
kerna hamba itu lemah..

~sebelum berangkat~

~~EDCOUSTIC-Aku Ingin Mencintai-MU~~


Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi
sepertimana KAU telah mengizinkan aku mengukir namaMU di papan ni..permudahkn aku mengukir namaMU di hatiku pula..

~doa setiap anggota wudhuk~


Dari sebuah buku Panduan Amalan Harian yg berjudul Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karangan Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a. yg diterjemahkan oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam).

Buku ini menggariskan amalan-amalan yg kita lakukan setiap hari. Antaranya ialah adab-adab melakukan ketaatan. Dalam adab berwudhuk, Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a telah menggariskan panduan doa-doa yg dibaca ketika membasuh setiap anggota wudhuk.

Ketika berkumur-kumur bacalah:

“Ya ALLAH, Permudahkanlah aku untuk membaca kitabMU (Al-Quran) dan untuk memperbanyak berzikir kepadaMU dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yg kukuh (La Ilaha Illallah) di dunia dan di akhirat”
[maksudnya jadikanlah hidup dan mati hambaMU ini di dalam keadaan beriman]

Ketika memasukkan air ke dalam hidung, bacalah:

“Ya ALLAH, ciumkanlah akan hidung ini akan bau wangi syurga sedangkan Engkau redha daripadaku”

Ketika menghembuskan air dari hidung pula, bacalah:

“Ya ALLAH, aku berlindung dari bau busuk neraka yg Engkau cipta dan daripada kejahatan tempat kediamanku”

Ketika membasuh muka, bacalah:

“Ya ALLAH, putihkanlah mukaku dengan nurMU pada hari kiamat dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMU seperti hitamnya muka musuh-musuhMU”

Ketika membasuh tangan kanan, bacalah:

“Ya ALLAH, berikanlah kepadaku catatan amalanku di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yg mudah”

Ketika membasuh tangan kiri pula,bacalah:

“Ya ALLAH, janganlah Engkau berikan catatan amalanku di tangan kiriku atau daripada sebelah belakangku”

Ketika menyapu kepala bacalah:

“Ya ALLAH, liputilah aku dengan rahmatMU dan kurniakanlah aku berkatMU, dan naungilh aku di bawah naungan arasyMU di hari yg tidak ada naungan kecuali hanya naunganMU. Ya ALLAH, haramkanlah rambutku dan kulitmu daripada sentuhan api neraka.”

Ketika membasuh telinga bacalah:

“Ya ALLAH, jadikanlah aku hambaMU yg mendengar perkataan yg baik lalu mengikutinya. Ya ALLAH, perdengarkanlah kepadaku suara pemanggilsyurga di dalam syurga bersama dengn orang yg baik”

Ketika membasuh tengkuk bacalah:

“Ya ALLAH, bebaskanlah tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung denganMU daripada segala rantai dan belenggu di dalam api neraka”

Ketika membasuh kaki kanan bacalah:

“Ya ALLAH, tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMU yg soleh.”

Ketika membasuh kaki kiri pula, bacalah:

“Ya ALLAH, aku berlindung denganMU daripada tergelincir kakiku ke dalam api neraka ketika aku melalui titian siratul mustaqim. Di mana pd hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang munafik dan musyrik”