5 hari seminggu selama 10 minggu ayah si Dara akan menghantar dan menjemput si Dara ke tempat kerja. Amat beruntung si Dara,tidak perlu bersusah payah menunggu bas dan berebut naik lrt seperti kawan-kawannya yang lain. Si Dara cukup bersyukur namun begitu si Dara tetap susah hati kerana semacam menyusahkan ayahnya menghantar dan menjemputnya dari tempat kerja. Perjalanan ke tempat kerja Si Dara mengambil masa kira-kira 30 minit jadi 5 hari seminggu selama 10 minggu ayah si Dara akan menghabiskan masanya sebanyak 1 jam di atas jalanraya demi anaknya, si Dara. Ayah si Dara menghantar dan menjemput si Dara dengan motorsikal dengan ini dapat menjimatkan kos dan masa jika menaiki kereta alamatnya akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Tindakan ayah si Dara memberi kesan dalam hati si Dara. Mana taknya, 5 hari dalam seminggu ayah dan si Dara akan melalui perjalanan bagi si Dara sangat mencabar. Ayah si Dara akan melalui laluan khas untuk motorsikal bagi menghantar dan menjemput si Dara. Laluan itu sempit tapi cukuplah untuk kenderaan seperti motorsikal dan basikal melaluinya. Apa yang mencabar pula bagi si Dara ni? Yang mencabarnya ialah si Dara semacam berada di litar lumba. Semua penunggang memecut menuju ke destinasi masing-masing kadang-kala ayah dan si Dara berdepan dengan situasi ‘nyaris kemalangan’. Gugup jantung si Dara ketika itu. Maka, ayah dan si Dara mengalami situasi itu untuk 5 hari seminggu selama 10 minggu. Hal ini mengingatkan si Dara dengan kematian dan dosa-dosa lampau. Sememangnya setiap kejadian ada hikmahnya. Dengan ulang-alik ke tempat kerja dengan motorsikal membuat si Dara ingat pasal mati.
Namun begitu si Dara memujuk ayahnya supaya membenarkan si Dara menaiki pengangkutan awam agar si Dara dapat mendidik diri berdikari dan merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan awam. Lagipun si Dara tak nak menyusahkan ayahnya lagi. Si Dara tahu perjalanan yang lama menyebabkan ayahnya sengal-sengal badan. Bagi menyedapkan hati, si Dara akan menggosok-gosok belakang ayahnya.
Pengorbanan ayah tak akan si Dara lupakan. Demi anak, ayah sanggup berkorban. Pengorbanan itu memberi rangsangan kepada anak.
Redha
8 years ago
0 comments:
Post a Comment