v(^_^)v
RSS

...persediaan puasa...

Assalamualaikum w.b.t  
…ramadhan bakal tiba… Saya memanjatkan sepotong doa “ALLAHumma balighna ramadhan”. Doa ini diamalkan oleh Baginda Nabi Muhamad S.A.W dan para sahabat semasa penantian bulan ramadhan al-mubarak.  [marilah amalkan sunat Baginda] 

Pada suatu hari jumaat dalam syaaban, saya mengambil tanggungjawab menyampaikan tazkirah walaupun selepas menolaknya disebabkan rasa rendah diri. Saya seorang yang kurang ilmu diminta untuk menyampaikan tazkirah memang sangat tidak layan. Saya akui sendiri. Namun, demi meringankan dan melancarkan program yang telah pun dirancangkan pada hari itu akhirnya saya memberanikan diri untuk menyampaikan tazkirah di atas dorongan sahabat saya. Jadi saya ingin berkongsi tazkirah yang telah saya sampaikan pada hari itu. Mungkin pengisian yang saya cuba kongsikan ini adalah perkara yang memang biasa dan semua  sudah maklum. 

Pada petang itu, saya membicarakan tentang persediaan menyambut bulan ramadhan al-mubarak dari sudut iman, ilmu dan keazaman. Saya akan berkongsi secara ringkas:     

Persediaan Iman 
1.    Hendaklah menyucikan jiwa. InsyaALLAH, kita akan dipermudahkan melakukan ibadat ketika bulan ramadhan al-mubarak nanti.
2.    Sentiasa amalkan doa “ALLAHumma balighna ramadhan” supaya kita diberi kesempatan menyambut ramadhan. Baginda dan para sahabat mengamalkan doa ini 6 bulan sebelum tibanya ramadhan al-mubarak. Sebaliknya kita?
3.    Memperbanyakkan puasa di bulan syaaban. InsyaALLAH masih berkesempatan untuk berpuasa lagi.
4.    Melakukan qiamulail dan berzikir. Cara untuk membentuk kekuatan diri dan membersihkan hati. 

Persediaan Ilmu 
1.    Membaca ilmu yang berkaitan dengan puasa supaya amalan puasa kita betul dan diterima olehNYA.
2.    Membaca buku-buku yang berunsurkan penyucian jiwa. 
3.    Mendengar ceramah.
4.    Menghafal surah-surah (surah lazim/juzuz amma) 

Persediaan motivasi
1.    Berazam akan melakukan amalan lebih baik berbanding bulan yang sebelumnya.
 2.    Menjadikan bulan ramadhan al-mubarak hari yang istimewa.
3.    Mengimarahkan rumah ALLAH. Kalau sebelum ini rajin balik ke bilik pada jam 1ptg apa kata kita ambil peluang solat berjemaah di masjid. InsyaALLAH kita akan dikurniakan pahala 27 darjat berbanding solat bersendirian.
4.    menanam niat untuk beribadat dengan bersungguh-sungguh.

 

Di akhir sesi tazkirah itu saya menyelitkan juga harapan para pendengar ketika itu mengambil serba sedikit pengisian tersebut untuk diamalkan supaya dapat menjalani puasa ketika bulan ramadhan al-mubarak nanti dengan baik dan lancar. Saya selaku pentazkirah juga akan mengamalkan setakat yang saya mampu. InsyaALLAH.  SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK (^_^)  

0 comments: