v(^_^)v
RSS

..::masalah::..

Kagum sungguh dengan orang yang mampu merasai dan memahami perasaan orang lain. Dengan ini, hati orang itu tidak disakiti dan cuba dijaga sebaiknya. Membantu orang bukan setakat kena jadi pendengar yang baik tapi kena juga memahami perasaan ia. Kalau dah faham apa yang dirasa baru boleh beri kata-kata semangat atau pembangkit semangat yang betul-betul meresap jiwa ia. Kalau tak faham apa yang dirasa, mungkin kata-kata yang keluar dari pendengar mungkin menyedarkan ia dan mungkin juga menyakitkan ia. 

Jikalau si pendengar secara tidak sengaja menyakitkan hati ia. Apa yang akan jadi? Mungkin ia akan menjauhkan diri, mengelakkan diri dari pendengar atau ia tidak akan berkongsi lagi maslah ia dengan pendengar. Sebagai pendengar yang tiada kepakaran dalam menyelesaikan sesuatu masalah, apakah tindakan yang terbaik yang patut dilakukan? 

A)Sekadar mendengar dan hanya memberi respon jika perlu                            atau
B) Dengar dan kemudian terus terang kepada ia, "Maaf, saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya tak        pernah berdepan dengan masalah semacam awak ini. Sabar je la ye"                atau
C)Dengar dan buat kesimpulan sebaik mungkin masalah ia sebelum beri kata-kata semangat supaya ia jangan sedih dan bantu ia keluar dari masalah yang sedang dihadapi. Risikonya, kesimpulan yang akan dibuat mungkin salah.                                                                                                atau
D) Dengar dan setelah ia habis cakap, beritahu ia "Dah la wak. Abaikan je. Tak yah fikir la. Buang masa jer. Jom makan. Saya lapar la. Awak tak lapa ke?                         

Atau ada cara lain selain daripada cara-cara di atas. Jikalau si pendengar tuh dah salah langkah. Apa yang patut dibuat. Itu pun kalau si pendengar tu sedar dirinya dah salah.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.(surah Ar-Rad ayat 11)

Apa sahaja kata-kata semangat yang diluahkan oleh si pendengar tiada kesan jika ia masih tidak mahu berubah. Semua orang ada masalah. Kecil ke besar ke. Masalah tetap masalah. Masalah yang sama tapi ditimpa pada orang yang berbeza. Mungkin bagi A masalah itu kecil. Mungkin bagi B masalah itu besar pula. Bermacam-macam faktor menjadikan masalah yang sama dihadapi dengan berbeza oleh orang yang berlainan. Faktor kemampuan, kefahaman, kesabaran dan macam-macam lagi. Mungkin A anggap masalah itu kecil sebab dia adalah masalah lain yang lebih besar. Mungkin B anggap masalah itu besar sebab dia terlalu fokus pada masalah itu sehinggakan tak nampak hal yang lebih penting untuk difikirkan.

Masalah itu takkan selesai kalau kita lari darinya. Jangan melarikan diri. Hal ini sangat memenatkan dan merugikan. Hadapilah masalah itu dengan tabah.  Ada sesetengah orang yang memerlukan masa untuk menenangkan diri. Ambillah masa. Tapi setelah itu haruslah fikirkan cara nak selesaikan masalah. Bukan biarkan masalah itu terus berlanjutan sama saja dengan melarikan diri. Saya sendiri dah penat melarikan diri sampai saat saya kena juga berdepan dengan masalah tuh. Setelah selesai maslalah tuh amatlah lega. Fuh.Ustaz Pahrol dalam bukunya Nota Fikir untuk Zikir ada mengatakan kita haruslah mengubah 'circle of influence' dalam berdepan dengan masalah. Secara ringkasnya, 'circle of influence' adalah mengenai kekuatan yang wujud dalam diri kita yang boleh kita manfaatkan dalam menghadapi suatu masalah. Pernah dengar pepatah mengatakan kita tak boleh kawal arah angin tapi kita boleh kawal kapal kita. Pepatah ni menggambarkan maksud 'circle of influence' tuh.

Kata-kata yang diambil dari blog Ustaz Pahrol :

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Berusahalah untuk menyelesaikan masalah. Peringatan buat diri sendiri juga.  Saya ada masalah yang perlu diselesaikan.

3 comments:

Lagenda said...

kalau kamu tidak berdepan dengan masalah ni sekarang, kamu tidak akan tahu bagaimana untuk mendepaninya di masa hadapan.

kalau ada orang buat mcm ni, hamba biasa cakap
"kawu lebih paham masalah nih. kawu bole tuh!"

kalau dia tanya "betul ka?"

hamba jawab
"boleh bah kalau kawu!"

Cahaya Sakinah said...

Bah, betul apa yg kawu cakap.
Kena hadapi spy tahu cara selesaikan masalah nnt xjd 1 masalah kalau masalah tu berlaku lg.

Hafiza Omar said...

pilihan D 2 selalu buat bila malas nak pk..tp at last kene pk dan cr jln keluar juga..huhu..'kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan menurunkan hujan..kita menangis mencari matahari,tapi sebenarnya Allah nak hadiahkan kita pelangi'..masalah itu mematangkan manusia dan semoga kuat menghadapinya..innallahama'ana..=)