"...perlu belajar lagi"
Sepatutnya saya meminjam buku yang berkaitan akademik hari tu tapi yang dipinjam adalah dua buah buku sastera lagi. Lagi? sebelum ni, sudah dipinjam buku sastera cuma belum habis baca lagi. Buku kumpulan beberapa buah cerpen sasterwan negara. Kali pinjam buku tulisan sasterwan negara yang seangkatan dengan beliau.
Sastera, sastera lagi. Bila pula saya nak belajar sains ni. Disiplin ilmu salah satunya ialah sampaikan pada yang benar-benar minat. Takkan nak ponteng kelas. Takkan dah tak minat? Bukan. Cuma nak cari senggang waktu mempelbagaikan bacaan. Semacam alasan je. Setiap selang waktu yang lapang yang dicapai adalah buku sastera tiada buku lain.
Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya dipanggil apa? Jangan zalimi diri sendiri. Utamakan apa yang perlu diutamakan. Saya tahu itu. Menuntut ilmu kadang-kadang cuma fardhu kifayah sahaja tapi mengamalkan ilmu adalah fardhu ain. Sudah tahukan jadi amalkanlah sayang.
2 comments:
xsalah minat dgn bahan sastera...seandainya memang itu passion awak, kejarlah ia..tp apa yg awk sdg tempuhi skrg kene abiskan...tidak minat sesuatu xbermakna kita xboleh mencipta kejayaan..yg pntg kene ade usaha..ada hikmahnya kenapa Allah bagi awk kos biologi..fikir2kan...
tq coz concern my conflict...huhuhu..dh fikir maybe saya fikir x sampai zikir..xnmpk hikmah di sebalik ketentuan ALLAH..
Post a Comment