Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua,maksud globalisasi ialah fenomena yg menjadikan dunia kelihatan kecil dr segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat. Maka,internet merupakan salah satu fenomena yang menjadikan dunia ini kecil. Satu kelebihan yang tidak dapat disangkal lagi namun masih ada kelemahan yang wujud. Zaman kita internet sudah menjadi salah satu keperluan. Nak tak nak saya kena menerima kemajuan yang wujud hari ini walaupun kita masih suka menggunakan cara yang dipraktikkan sejak dulu lagi seperti penggunaan surat dsb. Saya seorang yang sukakan sesuatu yang tradisional tapi tidak menolak kemodenan. Walaupun anda merupakan orang tidak mengambil tahu kemajuan pada hari in anda tetap terdedah dengan kesan kemajuan. Kiranya globalisasi ini tidak boleh dihalang. Rigid tak? penggunaan perkataan ‘tidak’ telah jatuh mandotori menurut fahaman saya.
Saya suka melayari internet kerana memudahkan kerja seperti mencari maklumat yang diperlukan, dapat menghantar dokumen tertentu dsb. Namun ada gangguan semasa melayari internet. Serangan virus yang tidak ketahui. Pada hari banyak orang yang kreatif termasuklah kreatif dalam mencipta virus dalam jaringan tanpa wayar. Setiap kali memuat turun sesuatu program setiap itulah virus potensi virus masuk ke dalam computer tinggi. Siapa ada software untuk menghalang dari serangan virus ini?
Sangat terganggu juga apabila tiba-tiba keluar link yang entah dari mana pada skrin. Link yang tak patut. Di sinilah kelemahan yang wujud dalam internet. Sesiapa sahaja boleh memberi manghantar anda link semasa anda melayari internet. Internet itu bagus tapi ada pengguna internet yang tidak bagus. Biasalah, dunia ini ada orang baik dan orang jahat. Maka, terletak ke atas diri individu itu sendiri cara mengguna internet. Baik cara guna maka baiklah internet itu baginya dan sebaliknya.
Slogan dunia di hujung jari sangat popular jika dikaitkan internet. Sebarang maklumat boleh didapati dengan mudah dan cepat tanpa perlu keluar dari sempadan Negara. Kelebihan ini mampu melalaikan manusia. Ada individu yang sanggup menghadap computer sehari suntuk. Saya ada terbaca seorang wanita gemuk menjadi kurus kerana asyik melayari internet. Memang berkesan pada dirinya kerana perbezaan sebelum dan selepas sangat ketara. Kalau berita ini palsu bermaksud saya dah menipu siapa yang membaca coretan ini tapi ketahuilah saya tidak berniat nak menipu.
Internet ini menguntungkan para peniaga khususnya kerana apa? Sebab mereka boleh memasarkan produk mereka dengan mudah di internet tanpa bayaran yang mahal. Macam-macam jenis perniagaan yang wujud pada hari ini.
Banyak lagi kelebihan mahupun kelemahan sebenarnya. Konklusinya, terletak ke atas setiap individu itu cara menggunakan internet.

p/s:awak janganlah menyalahgunakan kemudahan internet dan ingatkan saya perkara yang sama
dari ******
..::internet::..
...persediaan puasa...
Assalamualaikum w.b.t
…ramadhan bakal tiba… Saya memanjatkan sepotong doa “ALLAHumma balighna ramadhan”. Doa ini diamalkan oleh Baginda Nabi Muhamad S.A.W dan para sahabat semasa penantian bulan ramadhan al-mubarak. [marilah amalkan sunat Baginda]
Pada suatu hari jumaat dalam syaaban, saya mengambil tanggungjawab menyampaikan tazkirah walaupun selepas menolaknya disebabkan rasa rendah diri. Saya seorang yang kurang ilmu diminta untuk menyampaikan tazkirah memang sangat tidak layan. Saya akui sendiri. Namun, demi meringankan dan melancarkan program yang telah pun dirancangkan pada hari itu akhirnya saya memberanikan diri untuk menyampaikan tazkirah di atas dorongan sahabat saya. Jadi saya ingin berkongsi tazkirah yang telah saya sampaikan pada hari itu. Mungkin pengisian yang saya cuba kongsikan ini adalah perkara yang memang biasa dan semua sudah maklum.
Pada petang itu, saya membicarakan tentang persediaan menyambut bulan ramadhan al-mubarak dari sudut iman, ilmu dan keazaman. Saya akan berkongsi secara ringkas:
Persediaan Iman
1. Hendaklah menyucikan jiwa. InsyaALLAH, kita akan dipermudahkan melakukan ibadat ketika bulan ramadhan al-mubarak nanti.
2. Sentiasa amalkan doa “ALLAHumma balighna ramadhan” supaya kita diberi kesempatan menyambut ramadhan. Baginda dan para sahabat mengamalkan doa ini 6 bulan sebelum tibanya ramadhan al-mubarak. Sebaliknya kita?
3. Memperbanyakkan puasa di bulan syaaban. InsyaALLAH masih berkesempatan untuk berpuasa lagi.
4. Melakukan qiamulail dan berzikir. Cara untuk membentuk kekuatan diri dan membersihkan hati.
Persediaan Ilmu
1. Membaca ilmu yang berkaitan dengan puasa supaya amalan puasa kita betul dan diterima olehNYA.
2. Membaca buku-buku yang berunsurkan penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah.
4. Menghafal surah-surah (surah lazim/juzuz amma)
Persediaan motivasi
1. Berazam akan melakukan amalan lebih baik berbanding bulan yang sebelumnya.
2. Menjadikan bulan ramadhan al-mubarak hari yang istimewa.
3. Mengimarahkan rumah ALLAH. Kalau sebelum ini rajin balik ke bilik pada jam 1ptg apa kata kita ambil peluang solat berjemaah di masjid. InsyaALLAH kita akan dikurniakan pahala 27 darjat berbanding solat bersendirian.
4. menanam niat untuk beribadat dengan bersungguh-sungguh.
Di akhir sesi tazkirah itu saya menyelitkan juga harapan para pendengar ketika itu mengambil serba sedikit pengisian tersebut untuk diamalkan supaya dapat menjalani puasa ketika bulan ramadhan al-mubarak nanti dengan baik dan lancar. Saya selaku pentazkirah juga akan mengamalkan setakat yang saya mampu. InsyaALLAH. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK (^_^)
..::mAwAr::..


