"awak perasan tak ada seorang nenek ni, tua sangat. Setiap hari nenek tu buat terawih penuh..21 rakaat. Malu rasanya dengan nenek tu. Walaupun dah tua tetap mampu nak buat penuh"
kepala saya pun ligat mengecam muka nenek tu. Ruang solat yang kecil memudahkan saya mengecam wajah nenek yang dimaksudkan. Memang ada seorang nenek yang seusia dengan nenek saya di kampung dan betullah apa yang dikatakan. Nenek tu memang menunaikan solat sunat terawih penuh 21 rakaat.
jadi apa yang menghalang anak muda macam kita, macam awak?
mungkin ada beberapa faktor yang mengekang tapi apa pun sebabnya marilah kita mengumpul sebanyak-banyak pahala di bulan Ramadhan yang mulia ni. Pahala ibadah puasa sama dengan pahala ibadah fardhu di bulan yang lain manakala pahala ibadah fardhu pula ALLAH gandakan. Kan rugi kalau kita biarkan Ramadhan berlalu tanpa ibadah-ibadah ikhlas kerana ALLAH. Di akhirat kelak, ibadah-ibadah ni lah yang akan menjadi bekalan buat kita semua.
Seandainya Ramadhan ni adalah yang terakhir....
p/s:menjelang fasa kedua
0 comments:
Post a Comment