v(^_^)v
RSS

tua,muda

"awak perasan tak ada seorang nenek ni, tua sangat. Setiap hari nenek tu buat terawih penuh..21 rakaat. Malu rasanya dengan nenek tu. Walaupun dah tua tetap mampu nak buat penuh"

kepala saya pun ligat mengecam muka nenek tu. Ruang solat yang kecil memudahkan saya mengecam wajah nenek yang dimaksudkan. Memang ada seorang nenek yang seusia dengan nenek saya di kampung dan betullah apa yang dikatakan. Nenek tu memang menunaikan solat sunat terawih penuh 21 rakaat.

jadi apa yang menghalang anak muda macam kita, macam awak?

mungkin ada beberapa faktor yang mengekang tapi apa pun sebabnya marilah kita mengumpul sebanyak-banyak pahala di bulan Ramadhan yang mulia ni. Pahala ibadah puasa sama dengan pahala ibadah fardhu di bulan yang lain manakala pahala ibadah fardhu pula ALLAH gandakan. Kan rugi kalau kita biarkan Ramadhan berlalu tanpa ibadah-ibadah ikhlas kerana ALLAH. Di akhirat kelak, ibadah-ibadah ni lah yang akan menjadi bekalan buat kita semua.

Seandainya Ramadhan ni adalah yang terakhir....



p/s:menjelang fasa kedua

entah la...

Ya Allah,
Alhamdullilah, Engkau sampaikan aku ke Ramadhan,
Syukur ku panjatkan kepadaMu,
Namun,
aku masih merindu lagi,
Ampunkan aku wahai Tuhanku,
aku seorang hamba yang tamak,
dalam Engkau kurniakan ku nikmat
aku masih mahu yang lain

Ya Allah,
sungguh aku merindui sakinah,
dulu sakinah ada dalam hati,
kini tidak lagi,
aku rindukan sakinah

sekadar gambar hiasan


p/s:jangan cemari hati kalau tidak tahu akan akibatnya

Selamat Berpuasa Semua

Assalamualaikum,
apa khabar? Sihat?
alhamdulillah sekiranya sihat.
dah ready untuk sambut Ramadhan?
Nervous lak rasanya,

 

Untuk memaknakan lagi Ramadhan yg bakal tiba,
apa kata kita tetapkan matlamat tertentu yg kita capai
supaya Ramadhan kali ni dimanfaatkan sebaik mungkin