v(^_^)v
RSS

..::Imam Syafie::..

Generasi pertama Islam semua hebat-hebat belaka. Tidak hairan sebab menerima didik langsung dari Baginda, NAbi Muhammad. Namun, setelah kemangkatan Baginda masih lahir lagi manusia agung dan soleh hidup selaku hamba ALLAH. Bagaimana? Lantas, tergerak hati untuk menelurusi sejarah hidup Imam besar menjadi pegangan mahzab di negara ini. Imam Syafie.

Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang miskin namun sangat berpegang dengan ajaran Islam. Keluarga yang mempraktikkan Islam sebagai jalan hidup. Keluarga seumpama ini mampu membentuk asas pembentukan hamba yang soleh dalam diri setiap insan. Beliau dididik dengan sebaiknya. Salah satu petua dalam mendidik anak, ibu beliau bernama Ummu Habibah al-Uzdiyah tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan didik dengan nasihat dan tunjuk ajar kerana  kata-kata seorang ibu merupakan doa. Maka, janganlah mengherdik atau mencaci anak-anak. Kesabaran yang sangat tinggi amat penting dalam mendidik anak.

Sejak dari kecil lagi, beliau mendalami ilmu agama. Seawal usia 9 tahun, beliau mampu menghafal Al-Quran. Beliau dikurniakan kelebihan mampu menghafal. Ibu beliau sangat menggalakkan beliau menuntut ilmu sehinggakan tidak berasa berat hati sekiranya Imam Syafie mesti meninggalkannya buat jangka masa yang panjang. Selain mendalami ilmu-ilmu agama seperti AL-Quran, Hadis dan Fiqh, beliau juga pelajari ilmu mengarang syair dan juga ketenteraan serta cara menggunakan senjata.

Pembacaan baru setakat ni. Jadi tak dapat nak kongsi banyak-banyak. InsyaALLAH, lain kali akan dikongsi.





..::mimpi::..

Astagfirullah. Mimpi rupanya. Terjaga dari tidur gara-gara tersentak dengan mimpi malam. Gelap lagi. Dah lama benar tak berulit tidur dengan mimpi tapi malam ni aku bermimpi. Mimpi yang menyentap diri aku sendiri.  Seolah-olah mimpi tu sangat panjang tapi sepanjang aku mimpi cuma satu scene mimpi saja aku ingat. Lantaran scene tuh yang menyentap diri aku sendiri lalu aku terjaga. Ketika itu, di ruang tamu di sebuah rumah ala-ala rumah jepun. Cuma ada sebuah tv saja di ruangan tuh. Kelihatan cuma dua orang saja, seorang khusyuk tengok tv lagi seorang pula macam ada yang tak kena. Tak tahu siapa nama mereka. Perbualan ringkas berlaku.
"Aku tak kisah kalau kau kurang dari sudut pelajaran dan kewangan. Aku tak kisah kekurangan kau. Tapi aku sangat kisah kalau kau kurang dalam pengamalan agama dalam hidup kau. Aku sanggup bunuh kau sebabkan tuh"

"Bunuh?" 
konsentrasi menonton tv terganggu. Dia terkejut. 
"Bunuh? Kenapa kau sanggup nak bunuh aku? Bukan ke kita adik-beradik?
Rasa terkejut yang amat sangat membuatkan dia tak mampu bersuara. Dia hanya mampu bermonolog dalam hati sendirian. 

Aku tersentap dengan kata-kata dia. Lalu aku terjaga. Gelap lagi tapi aku tak boleh nak teruskan tidur sebab terkejut. Siapa mereka berdua? Kenapa adik-beradik sanggup nak berbunuhan? Ketika ni lupa realiti dunia hari ni. Lupa liputan akhbar mengenai anak bunuh ayah. Lupa liputan akhbar yang setiap hari bercerita pasal pembunuhan. 

2 minggu selepas tu, kehidupan aku memang berantakan. Entah kenapa, amalan rutin aku semakin teruk. Pengamalan agam aku betul-betul berkurangan. Hati aku semakin berserabut. Aku berasa mata celik tapi buta, telinga mendengar tapi pekak, lidah bertutur tapi bisu. Sedih, rimas, takut, lesu. Semua perasaan bercampur baur. 

Aku mesti berubah. Aku nak berubah. Aku tak boleh berputus asa dengan RahmatNYA. Jalan kembali masih terbuka. Rasa cuak dan tersentap dengan mimpi tu masih belum pudar. Namun, kehidupan terus berlalu. Aku mesti berubah. Aku nak berubah.