"sy merindukn keakrabn yg lalu tp sy fhm slps p’temuan ari2 dan skg awk ad mslh, keadaan x akn sma mcm dl"
Button cancel ditekan. Mesej yang menggambarkan perasaan saya malam itu siap ditiap tapi saya memilih untuk tidak menghantar kepada penerimanya. Untuk sekiannya, saya tak nak mengganggu konsentrasi sahabat saya yang bakal berdepan dengan exam. Lebih baik focus dengan study masing-masing supaya boleh cover balik result sem nih.
Plan study malam nih, nak study di masjid dan qiam sekali ke? Atau nak study kat bilik je? Tak pe, try ajak sahabat yang suka study kat masjid. Try and error.
Nk qiam kat masjid k?
Bole gak..nk g kul bpe?
Pas maghrb?
Kte ad keje sket..kte g lmbt sket..awk nk g dlu xpe lah..
Awk nk g buat keje pkul brp? Klau xlwt sgt,blh je sy tggu
Awk,kte xjd buat keje.kte g pas isyak leh?
Ok..pkul brp? Awk lapa x? nk g mkn dl?
Kte g kul 8.30 leh?mkn dlu..
Tetiba teringat “knp x ajak?”
Slm,arini kami nk qiam ag? Tp nk g mkn dl..
Sy bru lps mkn,xpe pas mkn bgth sy,nk join
Ok…
Sambung hafalan yang tergendala. Ish semakin tua nih semakin susah lak nak hafal. Ya ALLAH, permudahkanlah aku menghafal.
..teteet..
Syukran kerana merasa kehadiran sya.poyo je.huhu
Sy tetap merasa kehadiran awk,Cuma ye skg ni awk s’olah2 m’merlukan ruang utk dri sendri..jd sy xnk ganggu awk..
Mngkn ksdhn sesi luahan perasaan kita dulu tlh menjadi parut dalam hati sy dan sukar utk dihapuskan.apapepun jd hamba ALLAH yg terbaik
Tambah lg satu ayat sebelum masuk isyak. Baiklah, arini 6 ayat esok sambung lg insyaALLAH.Kena ambik wudhuk nih jap ag masuk isyak. Tak nak masuk toilet mse azan, banyak syaitan dalam toilet tuh time2 azan t. Ustaz pesan”jangan menyamai syaitan klau nak jauhi syaitan, jangan ikut syaitan makan,tidur…”. Klau nak masuk toilet pun jangan ikut macam syaitan kan.
akhirnya, jalan ke masjid pada jam 9.++pm..
Ermm, keadaan dah berubah. Takde rasa manis,pahit Cuma rasa tawar. Tapi tak pe,anggap macam biasa. Ikut mcm Nabi, jadi orang yang penyabar. Nabi marah masa hak-hak ALLAH,agama dicerobohi. Nak akhlak secantik wajah kan jadi sabar dan berlapang dada adalah lebih baik. Lagipun, semua nih berlaku disebabkan saya sendiri. Cepat sangat merajuk dengan sahabat sendiri. Kata nak rai sahabat yang pelbagai ragam dan perangai akhirnya saya sendiri yang menyakiti hati sahabat. Saya sendiri yang menyebabkan hati sahabat dirundung kesedihan. Saya sangat kejam kan.
Saya merindui diri saya yang dulu. Dulu, hati nih cukup sabar melayani pelbagai perangai kawan-kawan sekeliling tapi sekarang cepat sangat terasa klau sahabat terkasar, terusik, terkata dan banyak lagi lah yang “ter…”
Sahabat adalah salah satu pemudahcara bagi kita memperbaiki diri dari sudut tarbiyyah fardhi. Seharusnya bermula dari diri sendiri untuk memperbaiki diri.
Maafkan saya. Itulah ucapan yang termampu saya lafazkan. Saya tak mampu nak patah balik masa sebelum saya buat sahabat yang sedih dan terluka. Semoga sahabat saya menerima salam kemaafan saya.
Berikut adalah adab-adab bersahabat yang saya dapat walking blog saya. Saya dah simpulkan untuk renungan dan perkongsian:
- Hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan dari segi harta, tenaga, kepandaian
- Hendaklah memenuhi keperluan antara satu sama lain tanpa dipinta.
- Hendaklah senantiasa menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya.
- Hendaklah sentiasa menjaga tutur bicara masing-masing dan hormat menghormati di antara satu sama lain.
- Hendaklah memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai.
- Hendaklah bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan sahabatnya dengan cara yang disenangi. Seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.
- Hendaklah mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.
- Hendaklah berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaanya.
- Hendaklah meringankan bebanan yang ditanggung oleh sahabat serta bersedia untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesedihan.
- Hendaklah sentiasa berbuat baik kepadanya.
- Hendaklah memberi peluang kepada sahabat menghabiskan percakapannya.
- Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis.
- Hendaklah memahani sahabat di samping tuntutan difahami tidak diketepikan.
Dalam melakukan perubahan seperti mempraktikkan adab-adab bersahabat nih hendaklah dilakukan secara perlahan-perlahan supaya diri kita dapat beristiqomah. perubahan yang drastik biasanya tidak kekal lama dan kadang-kadang mendatangkan kemudharatan.