Alhamdulillah,
masih bernafas dan berpeluang menjalani ibadah puasa hari ke 15. Syukur padaMu
Ya Allah. Bagaimana momentum ibadah di pertengahan Ramadhan ni? Semakin rancak
atau lembap? Harap-harap semakin rancak dan bersemangat untuk mencari malam
Al-Qadr.
Ibadah yang
dilakukan akan menjadi lebih lancar sekiranya pelaku memahami tujuan ibadah tersebut
kan. Dari buku berjudul Adab Ramadan terbitan PTS Islamika berkongsi banyak
maklumat mengenai Ramdhan.
Maksud Ramadhan
ialah panas terik umpama orang berpuasa merasakan betapa panasnya saat mereka kehausan
ketika itu. Ada juga pendapat lain, bulan ini dinamakan Ramadhan kerana
dosa-dosa umat Islam dihapuskan dengan ibadah soleh umapama matahari membakar
tanah.
Biasa dengar dan
baca pasal maksud puasa, kelebihan, amalan-amalan sunat yang digalakkan kita
buat tapi kali baru tahu maksud Ramadhan. Ganjaran di bulan ini memang besar
dan berganda-ganda lagi berbanding bulan yang lain. Namun bukanlah itu yang
menjadi titik utama untuk beramal lebih dari biasa tapi kerana niat untuk
melatih diri, mengawal nafsu dan mendisiplinkan diri di saat semua syaitan
dibelenggu. Akhirnya, bila Ramadhan telah berakhir, momentum iman dan semangat
kita untuk beribadah kepada Allah tidak luntur. Berharap sangat Ramadhan kali
ini yang bermakna buat diri.
Beberapa hari yang lepas bermesyuarat dengan pensyarah dan rakan-rakan lain. Perkara penting yang ingin dikongsikan di sini, banyakkan doa apa jua yang kita hajatkan secara spesifik dan minta juga ibubapa doakan perkara yang sama.
Banyak lagi yang disampaikan macam, buat apa pun biarlah dengan bersungguh-sungguh. Set goal and organize schedule doing research. Semuanya sangat bermanfaat cumanya terletak pada diri sendiri nak bertindak bagaimana dan bila.
Setakat ini buat masa ni.
Wasalam.