v(^_^)v
RSS

Puasa #24/7/13



Alhamdulillah, masih bernafas dan berpeluang menjalani ibadah puasa hari ke 15. Syukur padaMu Ya Allah. Bagaimana momentum ibadah di pertengahan Ramadhan ni? Semakin rancak atau lembap? Harap-harap semakin rancak dan bersemangat untuk mencari malam Al-Qadr.



Ibadah yang dilakukan akan menjadi lebih lancar sekiranya pelaku memahami tujuan ibadah tersebut kan. Dari buku berjudul Adab Ramadan terbitan PTS Islamika berkongsi banyak maklumat mengenai Ramdhan.

Maksud Ramadhan ialah panas terik umpama orang berpuasa merasakan betapa panasnya saat mereka kehausan ketika itu. Ada juga pendapat lain, bulan ini dinamakan Ramadhan kerana dosa-dosa umat Islam dihapuskan dengan ibadah soleh umapama matahari membakar tanah.


Biasa dengar dan baca pasal maksud puasa, kelebihan, amalan-amalan sunat yang digalakkan kita buat tapi kali baru tahu maksud Ramadhan. Ganjaran di bulan ini memang besar dan berganda-ganda lagi berbanding bulan yang lain. Namun bukanlah itu yang menjadi titik utama untuk beramal lebih dari biasa tapi kerana niat untuk melatih diri, mengawal nafsu dan mendisiplinkan diri di saat semua syaitan dibelenggu. Akhirnya, bila Ramadhan telah berakhir, momentum iman dan semangat kita untuk beribadah kepada Allah tidak luntur. Berharap sangat Ramadhan kali ini yang bermakna buat diri.

Beberapa hari yang lepas bermesyuarat dengan pensyarah dan rakan-rakan lain. Perkara penting yang ingin dikongsikan di sini, banyakkan doa apa jua yang kita hajatkan secara spesifik dan minta juga ibubapa doakan perkara yang sama. 


Banyak lagi yang disampaikan macam, buat apa pun biarlah dengan bersungguh-sungguh. Set goal and organize schedule doing research. Semuanya sangat bermanfaat cumanya terletak pada diri sendiri nak bertindak bagaimana dan bila. 

Setakat ini buat masa ni. 
Wasalam.