v(^_^)v
RSS

Along sakit

Assalamua'laikum.

Saya cuba lukis gambar abang saya yang diambil dia kena tahan wad disebabkan tangan cedera semasa memancing. Mata kail yang digunakan terbenam antara ibu jari dengan jari telunjuk ketika dia cuba mencabut mata kail tersebut dari ikan yang ditangkap. Peristiwa ni, berlaku masa pertengahan tahun ni. Kiranya, dalam bulan Jun.

Saya lawat dia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Sebenarnya, dah benar tak menjejak kaki di hospital. Sampai saja di katil abang saya di tempatkan. Saya bersyukur sangat dia tak mengalami luka teruk cuma berbalut tangan.




Katil abang saya di tengah-tengah, kiri dan kanan katil ada penghuni yang masing-masing mengalami luka yang lebih teruk dari abang saya, rasanya. Masa tu, tersentap hati ni. Mereka sakit, saya sihat. Tapi saya rasa saya yang lebih malang berbanding mereka sebab saya tak ingat sama ada saya mengucapkan syukur atas nikmat sihat yang saya sedang nikmati. 

Benar manusia tu lupa. Senantiasa perlu diingatkan. 


lakaran:pendidik