Setiap kali kita nak sembahyang wajib ambil wudhuk dulu kan. Pernah dengar hadis yang menjelaskan jika seorang muslim mengambil wudhuk akan terhapus dosa-dosa dirinya? Suatu hari saya mendengar slot tazkirah di radio (tak ingat stesen radio apa), ustaz tu cakap tidak digalakkan mengelap air wudhuk tapi biarkan air wudhuk tu kering dengan sendirinya sebab selagi anggota badan wudhuk basah dek air wudhuk akan terhapuslah dosa-dosa kita.
Sila rujuk sini, wudhuk yang sempurna menghapuskan dosa.
Jadi, mari renungkan situasi berikut:
Demi menjaga telekung yg putih, kita (muslimat) akan lap air wudhuk supaya tidak membasahi telekung dan menghalang pembentukkan kulat ( bintik-bintik hitam baca tahi lalat). Kelebihan wudhuk menghapuskan dosa pun terhapus begitu saja.
Rugi kan.