Alhamdulillah, setelah bercuti seminggu fikiran dan hati mulai tenteram dan tenang. Dikelilingi dengan kerja rutin yang tak berkembang dan memenatkan memang membuat hidup kelam kabut dan serabut. Ditambah lagi dengan pertanyaan yang bertalu-talu oleh mereka menambahkan lagi rasa ingin pulang.
Aku ingin pulang~~~
Dijadikan cerita, 14hb Feb yang lepas NISA Kapar telah menganjurkan talk show : Mana 1 Pilihan Hati...Ombak Rindu, Oh!Azura 2012 atau Awan Nano tajuknya. Panel yang menyerikan pentas dewan serbaguna malam itu ialah salah seorang finalis Ustazah Pilihan, Ustazah Suhaili dan seorang motivator, Ustaz Azhar.
Apa kaitan dengan tajuk post kali nih?
Kaitannya ialah...
Ustazah Suhaili telah berkongsi banyak cerita dalam talk show tu, cerita paling terkesan pada saya saat dia menceritakan pengalaman dia berada di tanah suci. Ceritanya begini.
Sebelum ni, saya (merujuk kepada Ustazah Suhaili) bekerja. Jadi dengan duit gaji tu saya pergi memnunaikan umrah sambil menziarah Jordan. Semasa di tanah suci, ada seorang nenek tua yang juga merupakan peserta rombongan yang saya sertai. Saya tengok nenek ni tak macam orang lain, pergi shopping. Nenek ni asyik beribadat je. nenek ni berborak dengan saya dan bercerita yang dia bermimpikan seorang lelaki yang sangat handsome menagis di depan Kaabah. Lelaki tu sangat-sangat handsome. Lelaki tu menangis, sungguh menangis sampai pipinya kemerah-merahan. Dalam mimpi tu, nenek ni tertanya-tanya siapa lelaki handsome tu menangis sebegitu di depan Kaabah. Lalu, nenek tu bertanya orang yang lalu lalang di sekitar dia dan orang tu beritahu kepada nenek tu, Lelaki itu ialah Rasulullah.
Untung sungguh nenek tu bermimpikan Nabi Muhamad. Kesimpulan dari cerita di atas, Ustazah mengatakan bahawa Baginda menangis kerana melihat tingkah laku umat akhir zamannya. Pada tarikh 14 Feb umatnya menyambut Valentime Day, sedangkan tarikh tu merupakan tarikh kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
Saya harap yang hadir pada malam itu, dari kanak-kanak sehinggalah dewasa dapat mengambil iktibar dari apa yang dikongsikan oleh Ustazah Suhaili lebih-lebih lagi remaja perempuan.
Malam tu, saya hadir bersama mak. Kami berdua dapat hadiah cabutan bertuah. (^^)V
Redha
8 years ago